DOA UNTUK KERAJAAN – BAJET 2022

“Rakyat mempunyai harapan besar untuk Bajet 2022, bajet yang dibuat melalui usaha kolektif – sebagai Keluarga Malaysia – untuk membangkit dan memulihkan negara.” – YB Tengku Zafrul, Menteri Kewangan

Pada bulan ini kita ingin mendoakan Bajet yang telah diluluskan di parlimen bagi pihak mereka yang telah patah hati, miskin, teraniaya, anak yatim dan golongan yang tidak bersuara. Kita berdoa bersama mereka agar doa dan tangisan mereka terdengar di syurga.

 

MAZMUR 94

1 Ya TUHAN, Engkaulah Allah yang menghukum orang bersalah;

tunjukkanlah kemurkaan-Mu!

2 Engkaulah hakim semua orang;

bangkitlah dan balaslah orang sombong, setimpal dengan perbuatan mereka.

3 Berapa lama lagi orang jahat akan bersuka-suka?

Berapa lama lagi mereka berbuat begitu, ya TUHAN?

16 Siapakah yang membela aku terhadap orang zalim?

Siapakah yang memihak aku menentang orang jahat?

17 Jika TUHAN tidak menolong aku,

pasti aku sudah pun sampai ke dunia orang mati.

18 Waktu aku berfikir bahawa aku akan jatuh,

kasih-Mu, ya TUHAN, menopang aku.

19 Ketika aku bimbang dan khuatir,

Engkau menghiburkan dan menggembirakan hatiku.

20 Engkau tidak bersekutu dengan hakim yang tidak adil,

yang mengesahkan perkara yang melanggar hukum;

21 mereka bersekongkol melawan orang baik,

dan menghukum mati orang yang tidak bersalah.

22 Tetapi TUHAN membela aku;

Allahku melindungi aku.

23 Dia akan menghukum orang jahat kerana kezaliman mereka,

dan membinasakan mereka kerana dosa mereka;

TUHAN, Allah kita akan membinasakan mereka.

 

DOA

To You O Lord the Father of the Fatherless a Defender of widows; to You O Lord we lift up our cries.  May you arise O Lord and hear our prayers on behalf of the poor, the oppressed, the widows and orphans. Lord  we pray that all the government initiatives for the poor and the weak be made available to them. Let none of these monies fall into the hands of the wicked or the corrupt. May those who rob the poor realise that You are their Avenger.

Kepada Engkau Tuhan, Bapa dan Pembela, kami berdoa. Bangkitlah and dengarlah doa kami bagi pihak yang miskin, teraniaya, janda dan anak yatim. Tuhan, kami doakan agar semua inisiatif kerajaan untuk mereka yang disebut akan sampai kepada mereka. Jangan biarkan dana yang telah disediakan jatuh kedalam tangan orang orang jahat dan penerima rasuah. Semoga mereka yang merompak golongan miskin ini akan sedar bahawa Engkaulah yang akan membalas dendam.

Dalam nama Tuhan Yesus kami berdoa, Amen.

 

SENARAI GOLONGAN TERDEDAH DAN INISIATIF TERANCANG

  • Terdedah kepada Kemiskinan (Kenaikan kadar Kemiskinan Mutlat dari 5.6% kepada 8.4%)
  • Inisiatif untuk orang asli
  • Inisiatif kesihatan mental
  • Mangsa seksual, rumah tangga dan keganasan
  • Kit kebersihan Peribadi Bank Susu Ibu (NCU)
  • Kebajikan 4,700 anak yatim
  • Akses OKU kepada Media
  • Sektor pekerja tidak formal dan bekerja sendiri

 

Titik Doa

  1. Doa untuk golongan terdedah dan Inisiatif Terancang

Bantuan Kewangan Keluarga Malaysia untuk 9.6 juta penerima (RM8.2 bil)  (Kenaikan kadar Kemiskinan Mutlat dari 5.6%  kepada 8.4%)

Doa:

  • Doa agar RM8.2bil yang telah disediakan untuk inisiatif Bantuan Keluarga Malaysia akan sampai kepada 9.6 juta penerima secara efektif dan membantu keluarga tersebut.
  • Doakan penyelesaian terhadap kenaikan kadar kemiskinan dan ketidaksamaan ekonomi di Malaysia

 

  1. Doa inisiatif untuk orang asli

Inisiatif Bajet 2022:

Orang Asli Standard of Living Improvement Programme (RM274 million):

Elaun Ketua Komuniti

Subsidi dan bantuan kebajikan sosial untuk 200,000 Orang Asli

Subsidi bantuan pelajar sekolah menengah bagi orang (RM4 sehari)

 

Doa:

  • Doakan RM274 juta yang disediakan akan diedarkan secara bertanggungjawab dan tiada ketirisan.
  • Doakan penambahbaikan kebajikan komuniti Orang Asli.

 

  1. Doa inisiatif kesihatan mental

Inisiatif Bajet 2022:

  1. Perkhidmatan dan Advokasi Kesihatan Mental (RM70 mil)

Memperkuatkan Perkhidmatan dan Advokasi Kesihatan Mental, kaunseling dan bantuan psychosocial;

Mempertingkatkan Program Perkhidmatan dan Advokasi Kesihatan; kuatkan peranan NGO sebagai rakan kongsi program kesihatan mental

Doa:

  • Kesedaran yang lebih besar untuk kesihatan mental dan bantuan berterusan untuk mereka yang memerlukan bantuan.
  • Doa terhadap isu pengasingan sosial, dera dan keganasan, kehilangan orang terdekat, tekanan mental berpanjangan dan kedudukan sosio ekonomi yang teruk yang menjadi punca-punca kepada masalah mental.

 

  1. Doa untuk orang Kurang Upaya

Initisiatif Bajet 2022

Peruntukan Khas RM30 juta untuk naik tarak infrastruktur bangunan kerajaan untuk mesra orang kurang upaya (OKU).

RM10 juta diperuntukkan kepada Pusat Kehidupan Berdikari dan Pusat Latihan Industri dan Pemulihan Kerajaan untuk melaksanakan latihan dan program mentor bagi golongan kurang upaya.

Kuota has 1% daripada program MySTEP (Latihan dan penempatan jangka pendek untuk golongan kurang upaya di dalam sector swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Kos cukai jalan kenderaan persendirian milik orang kurang upaya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Mengembangkan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) ke dalam lebih banyak Universiti Awam dimana PPDK digunakan sebagai alat pendedahan awal untuk membantu kanak-kanak yang kurang upaya  untuk meningkatkan kemahiran mereka dan mendapat perkerjaan.

Doa:

  • Kesihatan pelajar bertambah baik dan mampu cemerlang didalam pelajaran selepas mendapat bantuan daripada program makanan tambahan dan program susu sekolah.
  • Isu kekurangan zat makanan Malaysia:
  • 25% kanak-kanak di Malaysia kurang berat badan atau terbantut disebabkan masalah kekurangan zat makanan.
  • 20% kanak-kanak terlebih berat badan (obesiti) disebabkan pemilihan diet yang tidak sesuai

 

  1. Doa untuk mangsa seksual dan keganasan domestik

Inisiatif Budget 2022

Kerajaan bersetuju memperuntukkan RM13 juta khas bagi memperkasakan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah

Melaksanakan program kesedaran komuniti berhubung keganasan terhadap wanita di seluruh negara melalui Skuad WAJA (RM10 juta) (Gerakan anti-jenayah yang menyatu dan memperkasa wanita melawan keganasan serta menggalakkan wanita mendapatkan pertolongan).

Menambahkan Pusat Bantuan Sosial setempat (RM4.5 mil) dan Tempat Perlindungan untuk Wanita (RM10 mil) untuk menjaga kebajikan mangsa keganasan domestik.

Doa:

  • Doa supaya penekanan yang lebih besar dalam pengadilan and belas kasihan terhadap mangsa seksual dan mangsa jenayah terhadap Wanita dan kanak-kanak.
  • Doa supaya orang yang sesuai yang mempunyai semangat untuk memimpin Pusat Bantuan Sosial Setempat dan Tempat Perlindungan Khas untuk Wanita dan seterunya menyentuh kehidupan mereka.

 

  1. Doa untuk Keperluan kebersihan diri bagi Wanita keluarga B40
    (Kekurangan akses untuk tuala wanita, peralatan sanitasi dan pendidikan)

Inisiatif Budget 2022

Pemberian percuma kit kebersihan diri seperti tuala wanita setiap bulan kepada 130,000 remaja perempuan daripada keluarga B40 (RM10 juta).

Bekerjasama dengan NGO mengadakan kempen dan pendidikan pembiakan manusia yang sihat di sekolah-sekolah.

Doa:

  • Doa supaya kit kebersihan diri kepada remaja perempuan keluarga B40 berjaya diedarkan dan seterusnya memperbaiki kesihatan Wanita di jangka panjang.
  • Doa terhadap kemiskinan haid dikalangan komuniti kurang berkemampuan

 

  1. Doa untuk Anak Yatim

Inisiatif Budget 2022

Melindungi kebajikan dan Pendidikan 4,700 anak yatim melalui Yayasan Keluarga Malaysia (kehilangan ibu bapa disebabkan COVID-19) (RM25 juta)

Doa:

  • RM25 juta yang diperuntukkan untuk menjaga kebajikan dan Pendidikan anak yatim akam memberikan masa depan yang baik.
  • Semoga anak yatim yang dibantu akan mengalami kasih Tuhan, Bapa kepada anak yatim.

DOA BAGI PULAU PINANG

Pulau Pinang dikenali sebagai “Mutiara Timur”, meliputi Pulau Pinang dan daratan utamanya.

Visi 2030 kerajaan negeri adalah “Negeri Hijau dan Pintar Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara.”

Terdapat firman profetik bahawa “Pulau Pinang adalah seperti tali pusat. Sepertimana tali pusat  membekalkan makanan kepada bayi, Pulau Pinang memberi hidup untuk menabur doa dan benih  kebangkitan di Malaysia. Bayi yang akan lahir ialah kebangkitan yang Tuhan telah rencanakan untuk negara.  Tuhan menanya Gereja di Pulau Pinang, “Adakah engkau rela membayar harga untuk kebangkitan akan datang?”

  • MAZMUR 24:9 (Isytiharkan Mazmur ini atas pintu gerbang Pulau Pinang)

Angkatlah kepalamu, hai pintu-pintu gerbang,

dan terangkatlah kamu, hai pintu-pintu yang berabad-abad,

supaya masuk Raja Kemuliaan!

  • MAZMUR 72:8 (Bacakan Mazmur ini selaku kita menyeru Tuhan Yesus memerintah atas Pulau Pinang)

8 Kiranya ia memerintah dari laut ke laut…

12 Sebab ia akan melepaskan orang miskin yang berteriak minta tolong, orang yang tertindas, dan orang yang tidak punya penolong.

13 ia akan sayang kepada orang lemah dan orang miskin, ia akan menyelamatkan nyawa orang miskin.

14 Ia akan menebus nyawa mereka dari penindasan dan kekerasan,

darah mereka mahal di matanya.

Maka segala bangsa akan diberkati melalui Dia dan mereka akan menyebut Dia berbahagia.

18 Terpujilah TUHAN, Allah Israel, yang melakukan perbuatan yang ajaib seorang diri!

19 Dan terpujilah kiranya nama-Nya yang mulia selama-lamanya,

dan kiranya kemuliaan-Nya memenuhi seluruh bumi. Amin, ya amin.

  • ULANGAN 28:13 (Doakan ini atas peribadi selaku kita mencari wajah-Nya)

TUHAN akan mengangkat engkau menjadi kepala dan bukan menjadi ekor…apabila engkau mendengarkan perintah TUHAN, Allahmu, yang kusampaikan pada hari ini kau lakukan dengan setia.

DOA

  1. Gereja/ Jemaat Tubuh Kristus di Pulau Pinang
  • Pastor dan pemimipin rohani bertambah dalam kesatuan benar dan saling mengasihi.             Jemaat mengikut  tauladan mereka dan melihat gereja-gereja Pulau Pinang adalah Satu dalam Yesus. Untuk masa-masa tetap berdoa bersama, berganding tangan bekerjasama untuk menjangkau padang tuaian.
  • Pemimpin gereja mempunyai hikmat daripada Tuhan selaku membuka gereja fizikal, untuk membina gereja penuh semangat yang akan membawa penyembuhan kepada ramai yang telah remuk sepanjang 2 tahun lepas. Untuk Tuhan menggerakan hati yang telah hanyut jauh, untuk kembali kepada-Nya.
  • Untuk gereja-gereja yang kuat dalam doa, mendirikan tembok untuk negeri dan negara, berdoa menentang serangan musuh dan berdoa untuk destini Pulau Pinang. Doa untuk Kebangkitan Rohani dan pembangunan.
  • Untuk urapan penyembuhan dilepaskan kepada gereja-gereja, membawa penyembuhan rohani, emosi, mental dan fizikal dalam gereja dan bagi komuniti.
  • Untuk urapan penyembahan dilepaskan merentasi gereja-gereja, menyebabkan lagu-lagu tanahair bangkit dan dibangunkan kasih untuk Tuhan dalam jemaah berlainan bahasa.

 

  1. Pentadbiran Negeri
  • Berdoa untuk Ketua Menteri kita mempunyai hikmat daripada Tuhan, untuk mencari nasihat dan pimpinan-Nya dalam semua hal. Untuk tembok api mengelilingi keluarganya.
  • Berdoa untuk dia dan timnya supaya Pulau Pinang akan menerima perkenanan dan strateji daripada Tuhan dan menerima perkenanan besar dengan kerajaan pusat.
  • Berdoa untuk Pulau Pinang dijadikan kota pintu gerbang dan menarik pelaburan langsung. Berdoa supaya Pulau Pinang mempunyai infrastruktur kuat dan projek-projek pembangunan, dengan itu membenarkan aliran hasil dan perdagangan masuk ke dalam Malaysia.
  • Berdoa untuk pemimpin negeri yang matang bangkit serta menanggung peranan mereka dengan kewibawaan dan saling kuat bekerjasama untuk manafaat rakyat. Berdoa menentang pemecahan dan agenda-agenda fasik.

 

  1. Atmosfera Rohani
  • Berdoa untuk pembangunan rohani di tanah negeri, untuk Gereja lebih peka kepada kerja Roh Kudus supaya gereja dapat mengalahkan kejahatan dengan kebaikan serta membenarkan kasih Kristus dan buah kasih mengalir kepada semua komuniti yang hidup dalam kegelapan.
  • Berdoa untuk kegelapan lari dan mata buta terbuka, selaku lebih banyak mezbah suci doa dibangkitkan dalam gereja, komuniti, rumah, tempat pasaran, supaya kemenyan naik siang dan malam. Berdoa banyak menara api merentasi tanah didirikan.
  • Berdoa untuk orang percaya berani lapar dan haus untuk jiwa-jiwa dan rela diutus ke padang-padang tuaian.

 

  1. Bertobat bagi akar-akar sejarah yang gelap

Banyak akar-akar sejarah yang gelap telah didirikan di tanah dari masa awal pengasasannya. Ini termasuk Penyembahan berhala, Freemasonry, Penagihan, Kegiatan Samseng. Terdesak sebagai pendatang baru ke negara asing, nenek-moyang kita dalam ketakutan, kurang keyakinan dan kesakitan yang mendorong mereka mengejar milikan kebendaan. Mereka mencari pertolongan daripada kumpulan traid, kongsi gelap untuk melindungi diri. Ini membawa masuk candu, pelacuran, minuman keras secara gelap, berjudi, pemerasan pekerja pendatang, pencabulan seksual, keganasan, pornografi, pemerdagangan manusia dan pengguguran.

Kerana ini, Pulau Pinang menjadi daya penarik untuk penagihan kepada perjudian, arak dan penyalahgunaan dadah menerusi generasi pun. Sudah sampai masa untuk kita bertobat dan berseru kepada Tuhan supaya mentahirkan tanah dan Pulau Pinang dibebaskan daripada kutukan ini supaya Pulau Pinang boleh bangkit ke dalam destini profetiknya.

Selaku gereja Tuhan di Pulau Pinang, kita datang mengadap Tuhan, Allah Maha Kuasa, memohon pengampunan untuk:

  • Nenek-moyang kita yang telah membuka pintu air untuk kegelapan dan kejahatan masuk.
  • Memelihara pergaulan dengan kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam maksiat samada melalui nama keluarga, perdagangan atau lokasi.
  • Membenarkan maksiat ini berterusan dalam komuniti Pulau Pinang dengan tidak peduli, tidak tahu dan mendiamkan diri.

Kita memaklumkan dan mengakui bahawa melalui maksiat ini, nenek-moyang kita telah merosakkan masyarakat kita dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemiskinan dan kehancuran keluarga serta lain-lain kejahatan dalam masyarakat kita.

Kita minta selaku Engkau mengampuni kita, kiranya dalam belas kasihan-Mu, tolong tahirkan tanah Pulau Pinang dan patahkan kutukan-kutukan generasi atas umat Pulau Pinang.

Tahirkan kita Tuhan daripada segala kenajisan tanah Pulau Pinang supaya ia boleh berkembang.

3 Kiranya gunung-gunung Pulau Pinang membawa damai sejahtera bagi bangsa, dan bukit-bukit  membawa kebenaran.

4 Kiranya Tuhan kita membawa keadilan kepada umat yang miskin dan menyelamatkan anak-anak sesak;  dan menghancurkan penindas dari Pulau Pinang (Maz 72:3-4).

 

  1. Generasi Berikut

Selaku Tuhan membebaskan Pulau Pinang daripada kutukan dahulu, sekarang mari kita berdoa:

  • Untuk pemimpin generasi berikut bangkit dalam gereja, tempat pasaran dan alam politik, dipenuhi keberanian dan kebenaran, dengan kasih untuk membangun Pulau Pinang dan negara, sesuai dengan rencana Tuhan.
  • Berdoa untuk roh pembelajaran yang baru tercurah atas pelajar-pelajar di Pulau Pinang selaku mereka kembali ke sekolah. Kiranya mereka lebih maju dan bertumbuh dalam hikmat.

 

  1. Orang-orang Pulau Pinang

Sejajar dengan doa kita dari Mazmur 72, sekarang kita berdoa untuk kebajikan orang Pulau Pinang

  • Sejajar dengan Visi 2030, bahawa keluarga akan teguh, perhubungan disembuhkan dimana terdapat kesakitan dan pemecahan.
  • Mereka yang kehilangan kerja dan kerugian perniagaan akan pulih dan mencari jalan untuk mendapat rezeki menampung keluarga, terutama dalam sektor pelancungan yang merupakan kunci pemacu ekonomi negeri.
  • Keadaan Covid di Pulau Piang supaya terkawal dengan baik. Barisan depan tetap kuat dan sihat dan terlindung.

 

DOA DAN DEKLARASI

Tuhan, kita berdoa Pulau Pinang akan bersinar untuk kemuliaan Tuhan.

Selaku umat Tuhan bangkit dan menekan dalam doa, kita mahu meminta suatu Kebangkitan Rohani yang gagah perkasa.

Tuhan, tolonglah Pulau Pinang melahirkan rencana Tuhan, kerana gereja yang memegang kunci.  Kiranya gereja di Pulau Pinang bertumbuh dalam KESATUAN  dan kiranya dibangkitkan PERSEMBAHAN yang menggerakan hati dan tangan Tuhan untuk negeri ini, membawa Kebangkitan kepada negeri-negeri lain di Malaysia.

Tuhan, gerakan gereja-Mu untuk lebih mengasihi Engkau dan mencari Kerajaan serta kebenaran-Mu terlebih dahulu, dan umat Tuhan tidak akan terpesong oleh kekhuatiran dan godaan dunia ini. Kiranya kita hidup untuk Engkau dan membawa masuk Tuaian jiwa-jiwa. Curahkan Roh-Mu ya Tuhan.

Kita isytiharkan Ketuhanan-Mu atas Pulau Pinang!

Dalam nama agung Yesus, Amin.

DOA BAGI ANAK

 

[nama anak]

Anda adalah hadiah yang berharga.

Anda adalah pemberian, bukan beban/kesilapan.

 

Mazmur 127:3

Anak-anak adalah anugerah Tuhan, mereka adalah berkatNya.

 

[nama anak]

Anda taat dan anda mendengar kata-kata kami.

 

Amsal 1:8-9

Hai anakku, dengarkanlah didikan ayahmu, dan jangan menyia-nyiakan ajaran ibumu sebab karangan bunga yang indah itu bagi kepalamu, dan suatu kalung bagi lehermu,

 

[nama anak]

Anda sedang membangun dasar yang kuat.

 

Amsal 22:6

Didiklah orang muda menurut jalan yang patut baginya, maka pada masa tuanya pun ia tidak akan menyimpang dari pada jalan itu.

 

[nama anak]

Anda akan mengalami Tuhan Bapa.

 

Matius 19:14

Tetapi Yesus berkata, “Biarkanlah anak-anak itu, janganlah menghalang-halangi mereka datang kepada-Ku; sebab orang-orang yang seperti itulah yang empunya Kerajaan Sorga.”

 

[nama anak]

Anda akan takut akan Tuhan, peganglah perintahNya dan anda akan sentiasa baik.

 

Ulangan 5:29

Kiranya hati mereka selalu begitu, yakni takut akan Daku dan berpegang pada segala perintahKu, supaya baik keadaan mereka dan anak-anak mereka untuk selama-lamanya!

 

[nama anak]

Anda ada damai Tuhan di dalam mu.

Anda tidak akan cemas atau tertekan.

 

Yesaya 54:14

Semua anakmu akan menjadi murid Tuhan, dan besarlah kesejahteraan mereka

 

[nama anak]

Anda akan senantiasa baik dalam pelajaran mu dan dalam apa saja.

 

Mazmur 90:17

Kiranya kemurahan Tuhan, Allah kami, atas kami, dan teguhkanlah perbuatan tangan kami, ya, perbuatan tangan kami, teguhkanlah itu.

 

[nama anak]

Anda akan mempunyai hubungan yang kuat dengan kami.

 

Ulangan 6:6-7

Apa yang kuperintahkan kepadamu pada hari ini haruslah engkau perhatikan, haruslah engkau mengajarkannya berulang-ulang kepada anak-anakmu dan membicarakannya apabila engkau duduk dirumahmu, apabila engkau sedang dalam perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun.

 

[nama anak]

Anda adalah kebanggaan dan sukacita saya.

Anda diterima dan disayangi.

 

Amsal 17:6

Mahkota orang-orang tua adalah anak cucu dan kehormatan anak-anak ialah nenek moyang mereka.

 

[nama anak]

Anda mempunyai tujuan dan takdir yang kuat.

Identiti anda berlabuh pada Kristus.

 

Yeremia 1:5

“Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, Aku telah mengenal engkau, dan sebelum engkau kelauar dari kandungan, Aku telah menguduskan engkau, Aku telah menetapkan engkau menjadi nabi bagi bangsa-bangsa.”