40 Hari Doa & Puasa NECF

7 Ogos – 15 September 2021

Kita sungguh diberkati dengan penyertaan anda  dalam Doa dan Puasa Nasional 40 hari tahun ini.

Panduan Doa NECF boleh dimuat turun dari link (http://tiny.cc/40daysbooklet) ataupun menerusi App NECF  pada telefon anda.

Apa yang anda boleh lakukan:

Buku doa NECF mengandungi renungan harian, bacaan harian Alkitab dan panduan doa harian.

Anda boleh pilih sama ada untuk mengikut panduan doa NECF pada setiap hari ataupun pilih hanya pada masa dan hari hari tertentu yang anda telah tetapkan untuk berada Di Benteng doa MUFW.

Anda digalakkan untuk berpuasa sekurang-kurangnya satu santapan sehari (makan pagi atau tengah hari atau makan malam). Turut sertalah gereja dan rangkaian doa kamu dalam doa.

MUFW juga akan mengadakan gabungan doa terbuka untuk semua pada hari Isnin hingga Jumaat dari 6-8pagi. Anda boleh turut serta melalui link (http://tiny.cc/mufw40days)

Perkara Doa

Perkara doa ini diambil daripada Buku 40 Hari Doa & Puasa 2021 NECF:

  • Ambil masa untuk berjalan-jalan di “Taman” (kejiranan) anda. Carilah tempat duduk yang sunyi dan duduklah di sana untuk menikmati ciptaan Tuhan. Kemudian mintalah kepada Tuhan dalam doa untuk menunjukkan panggilan dan tujuan anda di bumi.
  • Berdoa untuk ramai pekerja domestik yang menerima layanan yang tidak adil (pasport dirampas, gaji ditahan, komunikasi tidak diizinkan dengan keluarga mereka, kekejaman, kekerasan, tidak ada hari cuti diberikan, dll.) daripada majikan mereka, agar Tuhan memberikan keadilan kepada mereka dan agar majikan mereka akan menghargai sumbangan mereka.
  • Berdoa untuk suku Tring di Sarawak agar mereka menemui Tuhan melalui mimpi dan penglihatan, dan supaya hidup mereka tidak akan sama lagi dengan pertemuan dengan Tuhan.
  • Ambil 10 minit untuk berdiam di hadapan Tuhan. Izinkan fikiran anda fokus untuk menikmati hadirat-Nya. Sekiranya boleh, mainkan muzik lagu penyembahan dengan lembut. Tuliskan di buku catatan peribadi anda apa saja yang dibawa oleh Roh Kudus ke dalam fikiran anda. Carilah titik buta dan bersyukur kepada Tuhan kerana telah mengungkapkannya kepada anda.
  • Berdoa agar Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan hasilkan rancangan yang konkrit untuk membantu mengatasi bencana banjir yang selalu menimbulkan ancaman kepada kawasan-kawasan yang terjejas semasa musim hujan, terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur.
  • Berdoa untuk suku kecil Utik di mana sebahagian besarnya tinggal di Sungai Rajom Hulu dan Tatau, Baleh, Sarawak, agar mereka belajar kemahiran hidup yang baru untuk mengatasi perubahan persekitaran, dan agar mereka dijamah oleh Berita Baik tentang Yesus Kristus.
  • Ambil 10 minit untuk berdiam di hadapan Tuhan. Matikan semua suara daripada berita, nubuat, tanda dan keajaiban, dan rakan-rakan. Suara Tuhan lemah lembut. Diamlah dan akui siapa Dia. Jangan terburu-buru. Cuma ucapkan terima kasih dan tanyakan perubahan kecil apakah yang perlu anda lakukan?
  • Berdoa agar program yang dilaksanakan oleh TalentCorp di bawah Jabatan Perdana Menteri (contohnya Program Kepulangan Pakar (Returning Expert Program, REP), Bakat Global Malaysia (The Malaysia Global Talent, MGT) dan Senarai Pekerjaan Kritikal (Critical Occupation List, COL), dll.) akan mewakili kekurangan yang ada dalam industri utama dan membantu memacu strategi kemahiran negara kita.
  • Berdoa untuk suku Semelai (penduduk asal) di mana kampung-kampung mereka berada di sepanjang kawasan tanah lembap di sekitar Tasik Bera, Pahang, agar usaha mereka dalam mengembangkan ekopelancongan berjaya dan membantu mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan perniagaan bagi mereka.

Doa:

Sekarang Perdana Menteri kita yang ke-9 telah dengan rasminya dilantik. Doa dan syafaat seharusnya lebih daripada hanya meminta sesuatu dari Tuhan. Ianya adalah berhubungan langsung dengan Tuhan, dan dalam melakukannya, juga terlibat dalam apa yang Dia lakukan.

Oleh kerana pandangan terbatas manusiawi kita dan hikmatNya yang tidak terbatas dan pandangan jauhNya, kita seringkali tidak dapat memahami apa yang Dia lakukan dan melihat sepenuhnya rancanganNya dan tujuanNya.

Yesaya 55:8-9 “Sebab rancangan-Ku bukanlah rancanganmu, dan jalanmu bukanlah jalan-Ku, demikianlah firman Tuhan. Seperti tingginya langit dari bumi, demikianlah tingginya jalan-Ku dari jalanmu dan rancangan-Ku dari rancanganmu.”

 

Kepada semua teman pendoa syafaat, Saya ingin kamu mengetahui bahwa Tuhan mendengar dan menggunakan semua doa kita bagi Malaysia. Marilah kita terus didorong untuk mengetahui bahwa rancanganNya dan kehendakNya akan terjadi dan teruslah berdoa sambil Tuhan melakukan tujuan dan kehendak utamaNya bagi Malaysia.

Ianya bukanlah pengakhiran sehingga kehendak Tuhan yang terjadi.

Pemazmur mendeklarasikan dalam Mazmur 33:10-11

“Tuhan menggagalkan rencana bangsa-bangsa; Ia meniadakan rancangan suku-suku bangsa; tetapi rencana Tuhan tetap selama-lamanya, rancangan hati-Nya turun-temurun.”

 

Mari kita berdoa.

Bapa Surgawi, kami berterima kasih kerana membangunkan kami di Malaysia melalui hikmatMu yang tidak terbatas. Kami tunduk kepadaMu dan memohon Engkau mengurapi kami saat kami berusaha untuk berdiri bersatu bagi kehendak utamaMu dilakukan di Malaysia.

Teruslah memberi kepada kami kasih yang luarbiasa bagi negara kami.

Kami isytiharkan, “Datanglah kerajaanMu dan jadilah KehendakMu” bagi Malaysia.

Tuhan, curahkanlah belas kasihanMu atas negara kami, ampunikanlah segala dosa kami, biarlah keadilanMu, belas kasihan dan kebenaranMu menang atas penghakiman.

Kami menyerahkan ke dalam tanganMu, Perdana Menteri kami yang baru.

Berkatilah kepimpinannya dan kerajaan. Berilah dia hikmat untuk melihat jauh dari dirinya sendiri, dari parti politiknya dan memberi dia perlindungan untuk memimpin dan mentadbir negara Malaysia.

Lindungilah dia dari penasihat-penasihat yang jahat dan dari tipu daya manusia namun kelilingilah dia dengan orang-orang yang akan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan yang lain dan rancangan manusia.

Berilah kami, Oh Tuhan, Menteri Kabinet yang cemerlang.

Peribadi yang cemerlang dalam visi, kemampuan dan mental.

Bapa Surgawi, berilah Perdana Menteri kami yang baru, minda yang strategik untuk meningkatkan lagi rancangan strategik negara untuk memerangi Pandemik Covid 19 dan ekonomi yang merosot.

Berilah dia kekuatan dan keberanian untuk berfikir sebagai pemimpin atas seluruh Malaysia, tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan atau latar belakang.

 

Semoga pemimpin politik kami akan menjadi contoh atas kebenaran, kesamarataan, keadilan dan kecekapan.

Semoga mereka yang menghalangi kehendakMu disingkirkan dan diikat dalam nama Yesus.

Tuhan Yesus, terus curahkanlah Roh KudusMu atas GerejaMu.

Biarlah roh ketenangan dan iman bangkit pada masa yang mencabar namun strategik ini.

Tolonglah kami menjadi garam dan terang, membawa pengaruh yang benar, berintegriti dan kebenaran Tuhan terutamanya mereka yang mempunyai pengaruh di dunia kerja dan berjalan di dalam jalur kekuasaan dan pengaruh politik.

Bangkitkanlah peribadi-peribadi “Yusuf dan Daniel” dengan pertolongan Ilahi dan tempatkan mereka di tempat yang berpengaruh.

Biarlah pemimpin di dunia kerja kami berfikir lebih daripada sekadar keuntungan.

Tuhan, tolonglah kami agar tidak Lelah melakukan yang benar, kuatkanlah kami untuk tinggal tetap dan berfokus pada Engkau dan kehendakMu.

Kami mohon semua ini dalam nama Tuhan Yesus Kristus yang berkuasa dan penyelamat kami.

Amen.

– Pastor Ong Sek Leang, Metro Tabernacle

DOA BAGI MINGGU 25-29 – PANGGILAN UNTUK BERTINDAK