40 Hari Doa & Puasa NECF

7 Ogos – 15 September 2021

Kita sungguh diberkati dengan penyertaan anda  dalam Doa dan Puasa Nasional 40 hari tahun ini.

Panduan Doa NECF boleh dimuat turun dari link (http://tiny.cc/40daysbooklet) ataupun menerusi App NECF  pada telefon anda.

Apa yang anda boleh lakukan:

Buku doa NECF mengandungi renungan harian, bacaan harian Alkitab dan panduan doa harian.

Anda boleh pilih sama ada untuk mengikut panduan doa NECF pada setiap hari ataupun pilih hanya pada masa dan hari hari tertentu yang anda telah tetapkan untuk berada Di Benteng doa MUFW.

Anda digalakkan untuk berpuasa sekurang-kurangnya satu santapan sehari (makan pagi atau tengah hari atau makan malam). Turut sertalah gereja dan rangkaian doa kamu dalam doa.

MUFW juga akan mengadakan gabungan doa terbuka untuk semua pada hari Isnin hingga Jumaat dari 6-8pagi. Anda boleh turut serta melalui link (http://tiny.cc/mufw40days)

Perkara Doa

Perkara doa ini diambil daripada Buku 40 Hari Doa & Puasa 2021 NECF:

  • Berdoa agar waktu kita memulakan 40-Hari berdoa dan berpuasa untuk negara, kita akan belajar untuk diam di hadapan Tuhan, untuk lebih mengenal Dia melalui Firman-Nya yang hidup dan pekerjaan-Nya dalam hidup kita, dan bahawa kita akan dijamah oleh kasih-Nya, mencetuskan pertumbuhan kasih kita kepada orang lain.
  • Berdoa agar orang Kristian di seluruh Malaysia akan bertemu dengan Tuhan dengan cara yang intim sepanjang musim yang penuh tekanan dan sukaar ini. Sebagai sebuah kota Tuhan, semoga Gereja bersinar dan menerangi masyarakat kita dengan terang Firman-Nya, dan mengajak mereka untuk mengenal Yesus, Terang dunia.
  • Berdoa agar anak-anak Orang Asli dan Orang Asal akan menerima hak yang sama seperti rakyat Malaysia yang lain, dan agar mereka tidak dieksploitasi di pasaran tenaga buruh dan didedahkan kepada semua jenis risiko yang tidak diingini.
  • Berdoa agar kita memiliki kerinduan dan tekad yang kuat untuk masuk ke bilik kita, dan untuk bersekutu dengan Tuhan dengan cara yang belum pernah kita alami sebelumnya.
  • Berdoa agar sebagai ibu bapa, pastor, guru dan pemimpin dalam kemampuan kita masing-masing, kita akan mendekat kepada Tuhan dan dapat mendengar dengan jelas daripada Tuhan sehingga kita tahu jalan untuk pergi dan memimpin keluarga kita, gereja, pelajar, orang bawahan, dll, ke dalam rencana ilahi Tuhan.
  • Berdoa untuk Orang Asli dan Orang Asal yang mengalami penyusunan semula kerana pelbagai alasan yang tidak dapat dikawal, agar mereka mendapat cara yang baik dan seimbang untuk mengurus diri mereka dan terus menghasilkan wang yang cukup untuk menampung rumah tangga mereka.
  • Berdoa agar kita akan mencari Tuhan di atas segalanya dan memberi keutamaan kepada masa, fokus, cita-cita dan sumber daya kita dalam hal- hal yang membangun atau menghasilkan nilai kekal Tuhan.
  • Berdoa agar gereja dan orang Kristian yakin akan siapa kita sebagai anak- anak Tuhan yang dijanjikan, dan agar kita tidak takut atau letih dengan apa yang berlaku di sekitar kita, tetapi akan berjalan dalam Roh dan percaya pada cara Tuhan mengendalikan masa-masa yang sukar di negara kita.
  • Berdoa agar kekurangan dalam sistem pengangkutan yang terdapat di perkampungan Orang Asli dan Orang Asal dapat di atasi dengan berkesan oleh pihak berkuasa tidak lama lagi.
  • Berdoa agar kita dibebaskan berpaksikan pada pencapaian, agar hubungan kita dengan Tuhan tidak menjadi dangkal melainkan akan menjadi persekutuan interaktif yang mendalam di mana kita menemukan ketenangan di dalam Dia.
  • Berdoa untuk orang-orang di sekitar kita yang belum mengenal dan menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat peribadi mereka, agar mereka tidak dibebani oleh beban berat dan keletihan, tetapi akan mencari penyelesaian dan menemukan ketenangan di dalam Dia.
  • Berdoa agar lebih ramai profesional dan sukarelawan perawatan kesihatan akan melayani Orang Asli dan Orang Asal yang tinggal di tempat yang tidak ada akses yang dekat dengan hospital atau klinik.
  • Berdoa agar, di tengah-tengah pekerjaan Tuhan yang menggoncangkan dan menyaring, kita akan bersedia untuk dipisahkan dan menjalani gaya hidup tanpa kompromi, dan tidak mengikuti dengan arus dunia tetapi, sebaliknya, bijaksana, berjaga dan memandang karya Tuhan.
  • Berdoa agar lebih ramai pemimpin yang dipenuhi Roh serta pemimpin dengan visi dan kesedaran akan tujuan kerajaan Allah akan mengambil peranan kepemimpinan di semua institusi, termasuk yang ada dalam kerajaan dan gereja, dan agar mereka bekerja dan melayani dengan kebijaksanaan Tuhan untuk membawa berkat kepada semua.
  • Berdoa agar lebih banyak rumah-rumah kos rendah dapat dibina untuk memenuhi keperluan masyarakat Orang Asli dan Orang Asal.
  • Berdoa agar, sebagai umat Tuhan, kita akan cepat bertaubat dan berpaling daripada dosa atau kesalahan kita setelah diyakinkan oleh Roh Kudus dan kesaksian Firman-Nya yang hidup.
  • Berdoa agar, ketika terang Kristus bersinar, banyak orang akan menemukan harapan mereka di dalam Dia dan diterangi oleh pekerjaan Roh Kudus, hati mereka dilembutkan oleh kuasa Tuhan, dan akhirnya memberikan hati mereka kepada Yesus.
  • Berdoa agar kerajaan Malaysia perhatikan dengan saksama dan bertanggungjawab atas masalah pencemaran dan gangguan alam sekitar yang mengancam kesihatan dan keselamatan kebanyakan perkampungan Orang Asli dan Orang Asal dan memberikan mereka bantuan yang mereka perlukan.
  • Berdoa agar pemikiran dan tingkah laku kita sesuai dengan kepercayaan dan pengakuan kita. Mintalah Roh Kudus untuk meyakinkan kita tentang bahagian-bahagian di mana kita perlu bertaubat dan mula memberi respons kepada apa yang dikatakan-Nya.
  • Berdoa agar gereja-gereja di Malaysia bersinar terang seperti kota di atas bukit di mana tingkah laku baik kita akan dapat dilihat oleh semua orang dalam komuniti kita, agar Tuhan akan menerima semua kemuliaan dan pujian yang layak diberi kepada Dia.
  • Berdoa agar kampung-kampung Orang Asli dan Orang Asal yang kekurangan kemudahan elektrik dan kemudahan asas akan mendapat bekalan mereka, sehingga keadaan kehidupan mereka secara keseluruhan dapat lebih ditingkatkan.
  • Berdoa dan jemputlah Tuhan untuk menjadi pusat hidup anda sekarang sehingga transformasi dalam fikiran dan perilaku akan terjadi baik dalam kehidupan batiniah mahupun lahiriah kita ketika kita memberi respons kepada Firman-Nya yang hidup dan perintah-Nya.
  • Berdoa agar kita, Gereja Malaysia, menjadikan Tuhan sebagai pusat ibadah kita, dan agar kita menerapkan nilai-nilai Alkitabiah yang kita terima setiap hari, dan saling berhubungan dan bersekutu sebagai Tubuh Kristus dan hidup di bawah berkat-berkat kesatuan yang lebih sempurna.
  • Berdoa agar JAKOA, Jabatan yang secara khusus menangani urusan dan kepentingan Orang Asli, akan melaksanakan projek-projek yang membantu membangun dan mengembangkan prasarana kampung-kampung OA sehingga keperluan sebenar mereka dapat dipenuhi dengan segera.
  • Berdoa agar orientasi semula yang masing yang mengaku Kristus, dan agar kita melepaskan yang lama dan menerima hal-hal baru yang Kristus ada bagi kita.
  • Berdoa agar kita, Gereja Malaysia, akan berusaha dalam pemuridan di mana pun kita tinggal. Berdoa agar setiap usaha yang telah dilakukan oleh gereja untuk memuridkan akan meningkatkan kerohanian anggotanya dan menjadikan mereka murid yang berpusat pada Kristus.
  • Berdoa agar terjadi penembusan dalam hubungan di kalangan semua Orang Asli dan Orang Asal, agar setiap suku ada kerja sama yang baik untuk maju bersama.
  • Berdoalah agar kita membebaskan diri dari apa sahaja yang menyebabkan kita terpisah dari Tuhan atau ragu-ragu untuk datang di hadapan takhta rahmat-Nya, dan agar kita menetapkan akal dan hati kita untuk menjalani gaya hidup suci di hadapan-Nya.
  • Berdoalah agar gereja-gereja di Malaysia akan bekerjasama antara satu sama lain dalam doa dan pelayanan, dan saling memberi sokongan agar rumah Tuhan tidak mengalami kekurangan fizikal dan rohani di mana sahaja kita berada dan dalam keadaan apa pun dan di mana saja kita berada.
  • Berdoa agar semua pekerjaan pelayanan yang dilakukan di kalangan suku-suku Orang Asli dan Orang Asal akan membuahkan hasil dan anak- anak muda serta generasi masa depan mereka akan diberkati dengan luar biasa melalui pelayanan Injil.
  • Berdoa agar sebagai umat yang diciptakan dan ditebus oleh Tuhan, kita akan berusaha menjalani gaya hidup yang kudus yang mencerminkan gambar Tuhan dan diyakinkan akan hadirat-Nya yang kudus setiap kali kita masuk ke dalam hadirat-Nya yang kudus dan tidak bercela.
  • Berdoa untuk kumpulan B40 yang menerima subsidi tahunan dan peruntukan bajet daripada kerajaan, agar bantuan dilanjutkan dengan program peningkatan kemahiran jangka panjang yang akan membantu mereka putuskan kitaran kemiskinan mereka.
  • Berdoa untuk suku Kensiu yang sebahagian besar terdapat di Baling, Kedah, agar mereka dapat mengatasi perubahan persekitaran dan sosial yang timbul kesan daripada projek-projek kerajaan dan agar mereka mengalami kebenaran kekudusan Tuhan ketika mereka berseru kepada Dia.
  • Berdoa agar pada saat kita tidak dapat memahami jalan Tuhan, kita akan yakin pada hati-Nya yang penuh kasih sayang kepada kita, sehingga kita dapat memperoleh kepercayaan, harapan dan kekuatan untuk maju dalam segala keadaan.
  • Berdoa agar sosial dan budaya kerja kita membantu generasi muda untuk cemerlang dalam bakat dan kekuatan mereka, dan agar lebih ramai anak- anak muda akan sama-sama membantu membangun bangsa kita.
  • Bersyukur kepada Tuhan atas usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak dalam menjaga budaya dan bahasa tradisi Kaya yang tinggal di sepanjang Sungai Rajang, Sarawak. Berdoa agar mereka terus bertumbuh dan berakar di dalam kasih akan Tuhan Yesus Kristus.
  • Berdoa agar kita akan ada pertemuan yang lebih dalam dan perjalanan peribadi dengan Tuhan, agar kita lebih mengenal Dia , dan bertumbuh menjadi lebih seperti Dia dan kita semakin berkurang.
  • Berdoa agar rakyat Malaysia selalu diberi hak untuk kebebasan bersuara, supaya mereka menggunakan hak ini dengan cara yang positif dan membina, baik secara peribadi mahupun korporat, dalam platform talian atau luar talian, dan agar agama selalu dibincangkan dengan sensitif dan bijaksana.
  • Berdoa untuk suku Temoq di Temerloh, Pahang, agar mereka menerima Kristus tanpa syarat dan disembuhkan daripada penolakan yang mereka rasakan kerana diklasifikasikan sebagai orang liar dan tidak berbudaya yang tidak diterima oleh orang lain.
  • Berdoa agar, sebagai umat Tuhan, fikiran dan tindakan kita tidak akan dipengaruhi oleh pola atau angin dunia ini, tetapi akan berdiri teguh di atas Firman Tuhan yang kukuh dan tetap setia kepada Dia dalam segala keadaan.
  • Berdoa agar mereka yang berada dalam kubu politik yang berlainan supaya tetap berpegang teguh pada keyakinan dan nilai-nilai partinya dan beretika sehingga para penyokongnya boleh mempercayai mereka sebagai wakil mereka untuk membantu memenuhi keperluan mereka.
  • Berdoa untuk suku Kanowit di Kampung Bedil di sepanjang Sungai Rajang, Sarawak, agar hak-hak dasar mereka dipertahankan bahkan ketika mereka kehilangan bahasa mereka kerana percampuran, dan agar mereka mendapatkan kembali identiti mereka yang sesungguhnya di dalam Kristus Yesus.
  • Oleh kerana Tuhan hidup dan tinggal dalam kita, berdoa agar kita ada pertemuan baru dengan Dia dan menjalani kehidupan rohani yang bersemangat bila kita bersekutu dengan Bapa, Anak dan Roh Kudus setiap hari.
  • Berdoa untuk undang-undang perlindungan atas hak kanak-kanak, agar mereka tidak menjadi mangsa kepada orang lain, terutamanya di negeri Sabah, Sarawak dan Kelantan di mana perkahwinan anak secara aktif dipraktikkan seperti yang dilihat dalam statistik tahun 2020.
  • Berdoa untuk kelompok Jah Hut (atau Cheres), yang sebahagian besar terdapat di Jerantut dan Termeloh, Pahang, agar Tuhan memberi mereka keadilan dan menemukan keselesaan dan kekuatan dalam Kristus setiap kali mereka menghadapi pemerasan di pasaran tenaga buruh.
  • Berdoa agar kita belajar untuk diam dalam cabaran atau rintangan yang baru dan melihat kembali pekerjaan Tuhan yang luar biasa dan diingatkan akan hadirat-Nya yang tidak pernah gagal ketika kita berjalan dalam rencana ilahi-Nya. Berdoa untuk keberanian baru untuk maju ketika kita menaruh kepercayaan penuh kita kepada Dia.
  • Doakan komunikasi dan koordinasi yang baik di antara semua menteri Kabinet, agar seluruh pasukan eksekutif diperkuat dengan percambahan fikiran dan gabungan kepakaran.
  • Doakan anak-anak Orang Kuala Duano yang tinggal di Pontian dan Batu Pahat, Johor agar mereka menanam minat yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi sehingga pendidikan yang tepat akan memberi mereka pilihan untuk pekerjaan dan keadaan hidup yang lebih baik.
  • Berdoa agar ketika kita merenungkan Firman Tuhan, kita akan terus diingatkan tentang kesetiaan-Nya dalam hidup kita, bagaimana Dia telah menunjukkan kasih karunia dan belas kasihan-Nya sepanjang hidup kita, agar kita bersyukur atas semua yang telah Dia lakukan untuk kita.
  • Perkeso telah melaporkan sekitar 10,000 kes pengangguran bulanan pada tahun 2020 sejak tercetusnya wabak Covid-19. Berdoa agar kerajaan wujudkan rancangan ekonomi yang strategik yang membantu merangsang pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi rakyat.
  • “Jakun,” yang bererti “hamba”, ialah suku kedua terbesar kelompok Orang Asli yang sebahagian besar tinggal di Johor dan Pahang. Berdoa agar mereka sedar akan identiti mereka yang sebenarnya dalam Kristus, dan dengan rela melayani Yesus sebagai satu-satunya Tuan mereka.
  • Berdoalah agar kita menjadi orang Kristian yang menjalani gaya hidup yang konsisten, agar kita tidak membiarkan iman kita dipisah-pisahkan, tetapi sebaliknya, menjalani apa yang kita percayai dan akui.
  • Berdoa bagi mereka yang mengalami masalah kemurungan dan kehancuran kerana kewangan, keluarga, kesihatan atau tekanan hubungan, dll. sepanjang musim pandemik, agar Tuhan menyembuhkan mereka secara luar biasa dan agar mereka mendapat kekuatan, harapan dan terang dalam Kristus Yesus dengan berbagai-bagai cara.
  • Suku orang Sian adalah kumpulan yang kecil. Berdoa agar suara mereka didengar, dan agar mereka mendapat hak dan kesejahteraan yang layak bagi setiap warga negara Malaysia. Berdoa agar Tuhan melimpahkan kasih karunia-Nya kepada mereka sebagaimana Dia mencurahkan kasih karunia-Nya kepada orang Israel, suku yang terkecil antara bangsa.
  • Berdoa agar kita dapat berlumba dalam perlumbaan dan mengakhirinya dengan baik untuk mencapai tujuan-tujuan syurgawi dengan menjaga hubungan yang tidak terputus dan intim dengan Tuhan kita.
  • Berdoa untuk pekerja migran yang ramai di Malaysia yang menderita akibat pandemik. Berdoa agar mereka yang kehilangan pekerjaan dapat pulang kepada keluarga mereka, dan mereka yang tetap tinggal di sini akan dilindungi dan dijaga dengan baik oleh majikan mereka.
  • Sebilangan besar suku Penan di Sarawak telah menjadi Kristian. Berdoa agar mereka terus mengalami Kristus dalam perjalanan sehari-hari mereka bersama Dia, dan agar Tuhan membuka pintu tidak hanya bagi mereka untuk menemukan identiti mereka di dalam Kristus tetapi juga untuk memiliki kad pengenalan Malaysia dan mendapat akses kepada pendidikan percuma dan kebajikan yang lain.
  • Berdoa agar kita memupuk kebiasaan yang terus-menerus untuk mengingati kebesaran dan perbuatan Tuhan yang luar biasa, baik secara peribadi mahupun bersama sebagai gereja, keluarga atau individu sehingga iman kita dapat dikuatkan setiap kali kita mengingatinya.
  • Doakan kedua-dua pendidik dan pelajar menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam sektor pendidikan. Berdoalah untuk semua guru agar mereka mempunyai kebijaksanaan, kemahiran dan teknik untuk menjadikan pelajaran maya mereka lebih hidup dan interaktif agar menarik minat pelajar untuk belajar.
  • Doakan kumpulan Murik yang tinggal di rumah panjang yang dibina di sepanjang Sungai Baram di Sarawak agar mereka dapat menjalani kehidupan dalam Kristus Yesus. Berdoalah agar mereka yang telah menerima Kristus supaya dimuridkan dalam Firman Tuhan.
  • Berdoa agar kita meletakkan kepercayaan penuh kita kepada Tuhan ketika kita melakukan perjalanan melalui normal baharu, berdoa khususnya agar orang Kristian dipersatukan ketika kita melayani Dia, mengetahui bahawa semua yang kita lakukan adalah untuk melebarkan Kerajaan-Nya dan kemuliaan-Nya.
  • Berdoa agar Dasar Pelancongan Nasional 2020-2030 yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan berkesan membawa pertumbuhan ekonomi dan pendapatan melalui projek-projek masa depan yang dilaksanakan di bawah kementerian tersebut.
  • Sebilangan besar Bajau Laut masih buta huruf, tidak berpendidikan, dan miskin kerana gaya hidup yang berpindah-randah mereka. Berdoa untuk para “Bajau laut” di Sabah, agar anak-anak mereka memiliki capaian kepada pendidikan dan bantuan yang diperlukan.
  • Berdoa untuk anak-anak anda diingatkan tentang karya-Nya dan perbuatan-Nya yang perkasa dalam hidup mereka, dan bahawa mereka akan berpegang teguh pada iman apa pun yang terjadi di dunia.
  • Berdoa agar timbul kesedaran di kalangan para remaja bahawa mereka akan menghargai kesucian mereka dan melihat kehidupan sebagai anugerah suci dari Tuhan, bahawa mereka tidak akan melanggar kesucian satu sama lain atau melakukan pengguguran. Berdoa agar mereka memiliki saluran yang tepat untuk mencari bantuan setiap kali mereka menghadapi cabaran dalam hidup.• Berdoalah untuk kesesuaian keseluruhan program dan dasar yang dijalankan oleh sistem pendidikan / sekolah di kampung-kampung di mana penduduk pribumi berada, dan mereka akan mempunyai guru dan tenaga kerja yang mencukupi untuk memudahkan keperluan dan pertumbuhan pelajar secara menyeluruh.
  • Berdoa agar kita belajar menyingkirkan segala sesuatu yang menghalang dan melemahkan kita dan sebaliknya, tetap bergantung pada Dia sehingga kita akan diberi keupayaan untuk melakukan semua hal melalui Dia yang memberi kita kekuatan.
  • Berdoa untuk pasukan perubatan Malaysia yang telah memerangi pelbagai virus dan penyakit berjangkit di barisan hadapan, agar mereka berwaspada dalam perawatan dan perlindungan diri, dan kedamaian Tuhan akan menjaga fikiran dan hati mereka.
  • Berdoa agar kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan mengeluarkan cara-cara yang jelas untuk membantu suku masyarakat Orang Asli di Malaysia untuk membebaskan diri daripada lingkaran kemiskinan yang telah wujud selama berabad-abad.

Pandemik di seluruh dunia ini menunjukkan bahwa kita hidup di dunia ini bukan hanya memerlukan penyembuhan tetapi kita juga hidup pada masa di mana hati kita juga dalam ancaman bahaya. Namun Tuhan mempunyai jawapan bagi masalah yang menimpa dunia dan hati manusia. Pemulihan dariNya bermula saat jemaatNya berdoa sesuai 2 Tawarikh 7:14.

 

UmatKu yang di atasnya namaKu disebut

Bapa surgawi, kami berterima kasih padaMu bahwa kami adalah umat yang terpilih, imamat rajani, bangsa yang suci, umat kepunyaanMu, kerana ketika Engkau menutup langit sehingga tiada hujan, atau memerintah belalang untuk memakan hasil tanah atau mengirimkan wabak di antara umatMu, Engkau berjanji sekiranya kami, umat Mu, yang dipanggil atas namaMu, merendahkan diri dan berdoa dan mencari wajahMu dan berpaling dari jalan hidup kami yang jahat, kemudian Engkau akan mendengar dari sorga dan akan mengampuni dosa kami dan akan memulihkan tanah kami (2 Tawarikh 7:13-14).

 

Merendahkan diri mereka

Bapa, kami datang kepada Mu Tuhan dan berlutut dengan jiwa yang hancur dan hati yang remuk (Mazmur 51:17) dengan rendah hati mengakui bahwa kami telah berdosa terhadap Mu. Kami mahu berhenti bergantung pada kekuatan kami sendiri. Kami mahu bergantung sepenuhnya pada kekuatan Roh Mu dan pimpinan suaraMu. Tuhan, kami merendahkan diri dengan penuh penyerahan pada kehendakMu. Kami berserah kepadaMu dan memberi Engkau kawalan penuh atas kehidupan kami. Kami mengizinkan Engkau membentuk keinginan, kepercayaan, sikap dan tingkah laku kami sesuai dengan kehendakMu sehingga kami berubah menjadi seperti Kristus dan berjalan dalam ketaatan sepenuhnya kepadaMu. Engkau akan menghidupkan semangat orang yang rendah hati dan jiwa yang remuk (Yesaya 57:15) kerana Engkau menentang orang yang sombong tetapi memberi kasih karunia kepada yang rendah hati (Yakobus 4:6).

 

Dan berdoa

Tuhan Yesus, Engkau mengajar kami untuk selalu berdoa dan tidak hilang harapan atau berputus asa walaupun situasi kelihatan terdesak. Bantu kami untuk berterusan dan bertahan dalam doa tanpa henti walaupun bila keadaan sekeliling kami kelihatan tiada harapan kerana inilah kunci untuk mengekalkan kesetiaan dan mengejar kebangunan rohani. Bangunkan kami dari sikap selamba dan kuatkan roh dan fizikal kami sehingga kami dapat berjaga-jaga dan berdoa agar kami tidak jatuh ke dalam godaan. Roh Kudus bersyafaat bagi kami dengan rintihan yang tidak dapat dinyatakan oleh kata-kata tetapi Roh bersyafaat bagi orang kudus sesuai dengan kehendakMu. Marilah kita melangkah sehingga kita melahirkan tujuan-tujuanMu untuk tanah ini. Kami sangat memerlukan Engkau Tuhan untuk membangkitkan kami dengan mengisi kami dengan kehadiranMu dan kuasaMu dengan penuh kesegaran kerana kehadiranMu penuh dengan kegembiraan dan kesenangan selamanya.

 

Dan mencari wajahKu

Kami dipanggil untuk mencari wajahMu – untuk terlebih dahulu berhenti mencari pertolongan dan tujuan di pelbagai bidang bagi diri sendiri dan kehidupan. Gereja tidak dipanggil untuk mencari jalan dan pendapat dunia, atau dewan akademik atau politik atau rekaan sains. Kami dipanggil untuk mencari wajah Tuhan! Berilah kami hati yang terdesak dan lapar akan Engkau Tuhan, sehingga seperti Yakub kami sanggup membayar harga untuk tidak melepaskan peperangan dalam doa sehingga kami akan dibangkitkan dan gereja kami dipulihkan. Biarlah kami secara aktif mengejar Engkau siang dan malam kerana setiap orang yang lapar dan haus akan kebenaran akan dipuaskan (Matius 5:6). Bajaklah tanah yang keras dihati kami, kerana sekarang merupakan masa untuk kami mencari Engkau ya Tuhan, bahwa Engkau akan datang dan menyirami kami dengan kebenaran (Hosea 10:12). Tuhan saat kami mencari Engkau kami menemukan Engkau bila kami mencari Engkau dengan sepenuh hati kami. (Yeremia 29:13). Kemudian Engkau akan membimbing dengan berterusan, memberi kami air ketika kami kekeringan dan mengembalikan kekuatan kami. Kami akan menjadi seperti taman yang sentiasa diberikan air, seperti mata air yang sentiasa mengalir (Yesaya 58:11).

 

Dan berpaling dari jalan mereka yang jahat

Bapa, sekiranya aku telah membiarkan dosa dalam hatiku, pasti Tuhan tidak akan mendengar aku. (Mazmur 66:18) Saya tahu bahwa kebangunan rohani tidak akan terjadi dalam hidup ku sehingga saya berbalik dari jalan saya yang jahat (Bertaubat dari dosa yang ada). Kami bertaubat kerana memiliki bentuk kesalihan hidup tetapi menolak kuasaNya. Kami berpaling dari semua perkara yang mencemarkan kami atau menghalang doa kami. Kami berpaling dari kepercayaan bahwa kami tahu lebih baik dari Tuhan – mempercayai akal dan kebijaksanaan sendiri dari fikiran Kristus dan hikmat Roh. Kami berpaling dari ketidaksatuan dan perpecahan dalam tubuh daripada mengasihi orang lain seperti kita mengasihi diri kita sendiri.

Kami ingin kembali kepada Mu Tuhan, supaya Engkau kembali kepada kami. Saat kami merendahkan diri, berdoa dan mencari wajahMu dan berpaling dari  jalan kami yang jahat, Engkau akan mendengar kami dari surga, mengampuni dosa kami dan memulihkan hidup, keluarga, gereja, komuniti dan negara. Tuhan bukakanlah langit dan biarkan ada pencurahan Roh KudusMu sehingga ada kebangkitan yang besar di tanah kami. Dalam nama Yesus saya berdoa.

DOA BAGI MINGGU 25 – PANGGILAN UNTUK BERTINDAK