PANDUAN DOA MUFW BAGI DOA UNTUK KERAJAAN
Dalam beberapa bulan ini kita akan berfokus kepada pelbagai kementerian dalam kerajaan.
Roma 13:1-7
Tiap-tiap orang harus takluk kepada pemerintah yang di atasnya, sebab tidak ada pemerintah, yang tidak berasal dari Allah; dan pemerintah-pemerintah yang ada, ditetapkan oleh Allah. Sebab itu barangsiapa melawan pemerintah, ia melawan ketetapan Allah dan siapa yang melakukannya, akan mendatangkan hukuman atas dirinya. Sebab jika seorang berbuat baik, ia tidak usah takut kepada pemerintah, hanya jika ia berbuat jahat. Maukah kamu hidup tanpa takut terhadap pemerintah? Perbuatlah apa yang baik dan kamu akan beroleh pujian dari padanya. Karena pemerintah adalah hamba Allah untuk kebaikanmu. Tetapi jika engkau berbuat jahat, takutlah akan dia, karena tidak percuma pemerintah menyandang pedang. Pemerintah adalah hamba Allah untuk membalaskan murka Allah atas mereka yang berbuat jahat. Sebab itu perlu kita menaklukkan diri, bukan saja oleh karena kemurkaan Allah, tetapi juga oleh karena suara hati kita. Itulah juga sebabnya maka kamu membayar pajak. Karena mereka yang mengurus hal itu adalah pelayan-pelayan Allah. Bayarlah kepada semua orang apa yang harus kamu bayar: pajak kepada orang yang berhak menerima pajak, cukai kepada orang yang berhak menerima cukai; rasa takut kepada orang yang berhak menerima rasa takut dan hormat kepada orang yang berhak menerima hormat.
Bapa di dalam Syurga, kami datang kepadaMu untuk mengakui bahwa:
- Tuhan, Engkau yang telah menetapkan semua kementerian yang berkuasa, oleh itu Engkaulah Allah atas mereka, sama ada mereka baik atau jahat;
- Kami, UmatMu, memberi diri untuk tunduk pada kerajaan yang memerintah.
- Semua menteri dalam kerajaan adalah menteri yang telah Tuhan tetapkan untuk mengurus cukai.
- Bapa di dalam Syurga, kami memohon keampunan dariMu kerana tidak menunjukkan penuh perhatian atas kerajaan Negara ini walaupun FirmanMu menyatakan kepada kami bahwa kerajaan yang memerintah telah dibentuk oleh Engkau untuk melakukan kehendakMu.
- Kami telah menghakimi dan mengkritik kerajaan mengikut hikmat manusia kami sendiri daripada berdoa dan menaungi pihak yang berkuasa ini dengan darah Yesus, daripada mengundang Roh Kudus untuk bergerak dalam mereka untuk memimpin kementerian ke arah yang akan membawa kehendak kerajaanMu dalam Negara ini. Ampuni kami, Tuhan.
- Roh Kudus, kami mengundang Engkau sekarang untuk datang ke dalam kerajaan kami untuk mencurahkan hikmatMu dan untuk menanam takut akan Engkau atas setiap menteri dalam kerajaan supaya mereka akan menjadi wadahMu yang dapat membawa ramai jiwa untuk diselamatkan dalam Negara ini.
- Memandang menteri yang memerintah telah ditetapkan oleh Engkau untuk mengurus semua cukai yang telah dibayar kepada kerajaan, Bapa kami menyerahkan semua tugas para menteri kepadaMu supaya cukai-cukai itu akan menyokong kerja-kerjaMu yang Engkau ingin lakukan melalui orang yang berkuasa yang telah Engkau tetapkan ditempat tersebut.
- Bapa, kami merendahkan hati datang dan memohon agar rancanganMu dan tujuanMu terlaksana melalui kerja yang kerajaan laksanakan. Kami datang dengan gementar kerana kami mengakui bahawa jalanMu yang akan kami hadapi dengan kesulitan, kesusahan dan ketidakselesaan. Namun Tuhan, berikan jalanMu dalam kerajaan Malaysia agar ianya akan dipulihkan dan dibina semula.
ALAM SEKITAR, TENAGA, KESIHATAN, SAINS & TEKNOLOGI
Mazmur 104:24-30
Betapa banyak perbuatan-Mu, ya TUHAN, sekaliannya Kaujadikan dengan kebijaksanaan,
bumi penuh dengan ciptaan-Mu. Lihatlah laut itu, besar dan luas wilayahnya, di situ bergerak, tidak terbilang banyaknya binatang-binatang yang kecil dan besar. Di situ kapal-kapal berlayar dan Lewiatan yang telah Kaubentuk untuk bermain dengannya. Semuanya menantikan Engkau supaya diberikan makanan pada waktunya. Apabila Engkau memberikannya, mereka memungutnya; apabila Engkau membuka tangan-Mu, mereka kenyang oleh kebaikan. Apabila Engkau menyembunyikan wajah-Mu, mereka terkejut; apabila Engkau mengambil roh mereka, mereka mati binasa dan kembali menjadi debu. Apabila Engkau mengirim roh-Mu, mereka tercipta, dan Engkau membaharui muka bumi.
Bapa, Engkaulah pencipta langit dan bumi, dan hanya Engkau yang mengetahui keajaiban misteri dan kerja-kerja pencipta. Engkau juga menciptakan segala bahagian badan manusia, dengan baik dan luarbiasa (Mazmur 139:13-14). Jadi kami datang dengan permohonan kami di hadapanMu Tuhan untuk memohon kebijaksanaan dan Roh Mu turun atas kementerian yang telah Engkau tetapkan ini.
KEMENTERIAN ALAM SEKITAR & AIR
Menteri Kanan: YB Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr Mansor Othman
Mazmur 63:1
Ya Tuhan, Engkaulah Allahku, aku mencari Engkau, jiwaku haus kepadaMu, tubuhku rindu kepadaMu, seperti tanah yang kering dan tandus, tiada berair.
- Berdoa agar bajet yang diperuntukkan untuk menyediakan bekalan air bersih akan dimanfaatkan dengan bijak ke arah objektif tersebut.Kebanyakkan yang hidup di pendalaman yang bergantung kepada sungai sebagai sumber kehidupan telah terjejas oleh air yang tercemar dari segi kesihatan dan mata pencarian.
- Berdoa agar pihak berkuasa mempunyai kebijaksanaan untuk menangani masalah kekurangan bekalan air negara dan kehabisan sumber air bersih bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.
- Berdoa bagi jiwa untuk menemukan sumber air kehidupan. Bapa surgawi, kami bersyukur kepadaMu kerana telah menjadi sumber air kehidupan – peribadi yang memuaskan jiwa kami yang terdalam dengan sukacita kemenangan.
- Berdoa bagi pola fikir kami berubah untuk melindungi alam sekitar. Bumi adalah milik Tuhan dan segala yang ada dalamnya, oleh itu kita mesti berhasrat untuk menjaga dan mengurus semua yang menjadi milik Tuhan dengan rasa hormat dan perhatian.
- Berdoa bagi Jabatan Alam Sekitar untuk mematuhi peraturan untuk menjaga alam sekitar dan laluan air Malaysia. Ianya golongan berpendapatan rendahserta Orang Asal yang sangat bergantung kepada sumber asli yang paling akan terjejas akibat kemusnahan alam sekitar. Bapa, Engkau akan menyediakan kepada semua yang mencari Engkau, jadi kami memohon agar Engkau menyediakan bagi golongan yang berpendapatan rendah melalui dasar dan keputusan di Kementerian Alam Sekitar & Air.
- Berdoa agar Menteri, Timbalan Menteri dan mereka yang mempunyai kuasa di kementerian akan memiliki rasa panggilan dalam peranan mereka dalam kementerian, dan menyedari bahawa keputusan yang mereka buat berkaitan dengan alam sekitar akan memberi impak yang besar kepada kesejahteraan hidup dan mata pencarian bagi ramai orang.
KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI
Menteri Kanan: YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Timbalan: Deputy: YB Datuk Ali Anak Biju
Mazmur 24:1
Bumi dan segala isinya milik Tuhan; dunia dan semua yang mendiami kepunyaanNya.
Mazmur 89:14
KerajaanMu berasaskan hukum dan keadilan; kasih dan kesetiaan terdapat pada segala perbuatanMu.
- Berdoa bagi Menteri dan mereka yang mempunyai kuasa dan pengaruh akan mempunyai kebijaksanaan untuk mengetahui cara untuk mengurus permintaan dan bekalan tenaga negara dan keberanian untuk melaksanakan dasar, perundangan dan Kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan lain (iaitu industry, kerajaan negeri) dengan mengutamakan kelestarian dan melindungi alam sekitar. Ini termasuk meneroka sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang berbeza atau lebih cekap.
- Berdoa bagi Tuhan memusnahkan kubu kuat yang dimiliki oleh beberapa segmen dalam industri yang berhubung atas dasar dan peraturan kementerian agar pembaharuan dalam sektor tenaga dan tanah dapat berlaku.
- Berdoa bagi langkah-langkah untuk membendung penebangan hutan dan melindungi sumber asli yang kaya di tanah kita akan dilaksanakan dengan berani tanpa rasa takut atau pilih kasih. Bapa di syurga, kami berdoa agar engkau menjaga sumber semulajadi yang telah diamanahkan kepada Amanah Pemuliharaan Negara yang ditubuhkan untuk tujuan ini.
- Kami menyerahkan Majlis Tanah Negara ke dalam tanganMu untuk menggubal dasar dan langkah-langkah untuk mengawal penggunaan tanah di Semenanjung Malaysia. Tuhan kami meminta agar majlis melaksanakan dengan penuh rasa takut tugas fidusiarinya sebagai penjaga ke atas pajakan perlombongan, tanah rizab dan tanah hutan rizab.
- Kami juga menyerahkan kepadaMu kerajaan negeri dalam hal-hal yang berkaitan dengan tanah negeri. Tuhan, tanamkan ke atas mereka takut akan Tuhan dan berikanlah mereka kebijaksanaan Ilahi dalam mereka melaksanakan tugas mereka dalam perkara ini. Bapa, kami berdoa menentang rasuah dan pemberi rasuah di kawasan ini. Dalam nama Yesus, kami meminta agar mereka yang mengamalkan ketidakadilan dan ketidakbenaran akan didedahkan saat Engkau menyinari terangMu dan kebenaranMu atas amalan jahat ini.
- Berdoa agar Tuhan membangkitkan orang yang benar di dalam kerajaan di kedua-dua peringkat kementerian negeri dan persekutuan yang tidak akan membenarkan kemusnahan sumber asli Malaysia bagi agenda peribadi dan keuntungan segenlintir yang terpilih. Kita berdoa agar mereka ini akan terbuka mata dan minda mereka terhadap kemusnahan kepada rakyat, terutamanya Orang Asal dan negara (dibuktikan dengan banjir baru-baru ini) jika mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh rasa takut.
Bapa surgawi, ampunilah kami kerana merosakkan tanah dan mengeksploitasi sumber semulajadi yang kaya untuk ketamakan kami sendiri. Kami telah menguasai dan menginjak-injak orang-orang Penan dan orang-orang asal yang lain. Kami bertaubat dari perbuatan jahat dan tamak ini.
KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri: YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr Haji Noor Azmi bin Ghazali
Mazmur 33:10-11
Tuhan menggagalkan rancangan bangsa-bangsa; Dia meniadakan niat mereka. Tetapi rancangan Tuhan tahan selama-lamanya, dan tujuanNya tidak berkesudahan.
Bapa yang di syurga, kami menyerahkan kepadaMu Kementerian Kesihatan pada masa pandemik yang mencabar ini dan memohon agar Engkau memberkati Menteri dan kementeriannya dalam membuat keputusan agar dengan hikmat Tuhan untuk mengendali situasi Covid19 dalam negara kami dan juga mengendali kes-kes keracunan makanan di kawasan yang mengalami banjir baru-baru ini.
- Berdoa agar Ketua Pengarah Kesihatan dan Pasukan Petugas Imunisasi Covid 19 (CITF) melaksanakan pelan strategik dengan mengambil kira keprihatinan dan kebajikan rakyat.
- Lindungi Menteri dari penasihat yang jahat dan dari tipu daya manusia, kelilingi seluruh kementerian dengan lelaki dan Wanita yang akan meletakkan kepentingan kementerian dan negara di atas setiap kepentingan dan agenda manusia.
- Berdoa untuk pengurusan sumber kewangan yang diperuntukkan kepada KKM untuk Program Imnunisasi Covid19 dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan.
- Berdoa untuk Inisiatif kesihatan Mental yang strategik, boleh dilaksanakan dan yang lebih baik dalam bajet 2022 terutamanya pada masa yang sukar, mencabar dan menekan.
- Memperkukuhkan perkhidmatan sokongan Kesihatan Mental, kaunseling dan sokongan psikologi dengan kesedaran kesihatan mental yang lebih tinggi dan sokongan berterusan untuk mereka yang terjejas secara mental.
- Memperkukuhkan peranan NGO sebagai rakan kongsi untuk bekerjasama dengan KKM dalam Program Kesihatan Mental.
- Berdoa KKM tidak akan terlepas pandang terhadap golongan terpinggir seperti golongan kurang berkemampuan dan warga emas serta mereka yang tinggal di Kawasan terpencil di negara ini tetapi terus berusaha untuk menyediakan perlindungan yang luas atas perkhidmatan penjagaan kesihatan pada kos yang berpatutan.
DOA BAGI PULAU PINANG
Pulau Pinang dikenali sebagai “Mutiara Timur”, meliputi Pulau Pinang dan daratan utamanya.
Visi 2030 kerajaan negeri adalah “Negeri Hijau dan Pintar Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara.”
Terdapat firman profetik bahawa “Pulau Pinang adalah seperti tali pusat. Sepertimana tali pusat membekalkan makanan kepada bayi, Pulau Pinang memberi hidup untuk menabur doa dan benih kebangkitan di Malaysia. Bayi yang akan lahir ialah kebangkitan yang Tuhan telah rencanakan untuk negara. Tuhan menanya Gereja di Pulau Pinang, “Adakah engkau rela membayar harga untuk kebangkitan akan datang?”
- MAZMUR 24:9 (Isytiharkan Mazmur ini atas pintu gerbang Pulau Pinang)
Angkatlah kepalamu, hai pintu-pintu gerbang,
dan terangkatlah kamu, hai pintu-pintu yang berabad-abad,
supaya masuk Raja Kemuliaan!
- MAZMUR 72:8 (Bacakan Mazmur ini selaku kita menyeru Tuhan Yesus memerintah atas Pulau Pinang)
8 Kiranya ia memerintah dari laut ke laut…
12 Sebab ia akan melepaskan orang miskin yang berteriak minta tolong, orang yang tertindas, dan orang yang tidak punya penolong.
13 ia akan sayang kepada orang lemah dan orang miskin, ia akan menyelamatkan nyawa orang miskin.
14 Ia akan menebus nyawa mereka dari penindasan dan kekerasan,
darah mereka mahal di matanya.
Maka segala bangsa akan diberkati melalui Dia dan mereka akan menyebut Dia berbahagia.
18 Terpujilah TUHAN, Allah Israel, yang melakukan perbuatan yang ajaib seorang diri!
19 Dan terpujilah kiranya nama-Nya yang mulia selama-lamanya,
dan kiranya kemuliaan-Nya memenuhi seluruh bumi. Amin, ya amin.
- ULANGAN 28:13 (Doakan ini atas peribadi selaku kita mencari wajah-Nya)
TUHAN akan mengangkat engkau menjadi kepala dan bukan menjadi ekor…apabila engkau mendengarkan perintah TUHAN, Allahmu, yang kusampaikan pada hari ini kau lakukan dengan setia.
DOA
- Gereja/ Jemaat Tubuh Kristus di Pulau Pinang
- Pastor dan pemimipin rohani bertambah dalam kesatuan benar dan saling mengasihi. Jemaat mengikut tauladan mereka dan melihat gereja-gereja Pulau Pinang adalah Satu dalam Yesus. Untuk masa-masa tetap berdoa bersama, berganding tangan bekerjasama untuk menjangkau padang tuaian.
- Pemimpin gereja mempunyai hikmat daripada Tuhan selaku membuka gereja fizikal, untuk membina gereja penuh semangat yang akan membawa penyembuhan kepada ramai yang telah remuk sepanjang 2 tahun lepas. Untuk Tuhan menggerakan hati yang telah hanyut jauh, untuk kembali kepada-Nya.
- Untuk gereja-gereja yang kuat dalam doa, mendirikan tembok untuk negeri dan negara, berdoa menentang serangan musuh dan berdoa untuk destini Pulau Pinang. Doa untuk Kebangkitan Rohani dan pembangunan.
- Untuk urapan penyembuhan dilepaskan kepada gereja-gereja, membawa penyembuhan rohani, emosi, mental dan fizikal dalam gereja dan bagi komuniti.
- Untuk urapan penyembahan dilepaskan merentasi gereja-gereja, menyebabkan lagu-lagu tanahair bangkit dan dibangunkan kasih untuk Tuhan dalam jemaah berlainan bahasa.
- Pentadbiran Negeri
- Berdoa untuk Ketua Menteri kita mempunyai hikmat daripada Tuhan, untuk mencari nasihat dan pimpinan-Nya dalam semua hal. Untuk tembok api mengelilingi keluarganya.
- Berdoa untuk dia dan timnya supaya Pulau Pinang akan menerima perkenanan dan strateji daripada Tuhan dan menerima perkenanan besar dengan kerajaan pusat.
- Berdoa untuk Pulau Pinang dijadikan kota pintu gerbang dan menarik pelaburan langsung. Berdoa supaya Pulau Pinang mempunyai infrastruktur kuat dan projek-projek pembangunan, dengan itu membenarkan aliran hasil dan perdagangan masuk ke dalam Malaysia.
- Berdoa untuk pemimpin negeri yang matang bangkit serta menanggung peranan mereka dengan kewibawaan dan saling kuat bekerjasama untuk manafaat rakyat. Berdoa menentang pemecahan dan agenda-agenda fasik.
- Atmosfera Rohani
- Berdoa untuk pembangunan rohani di tanah negeri, untuk Gereja lebih peka kepada kerja Roh Kudus supaya gereja dapat mengalahkan kejahatan dengan kebaikan serta membenarkan kasih Kristus dan buah kasih mengalir kepada semua komuniti yang hidup dalam kegelapan.
- Berdoa untuk kegelapan lari dan mata buta terbuka, selaku lebih banyak mezbah suci doa dibangkitkan dalam gereja, komuniti, rumah, tempat pasaran, supaya kemenyan naik siang dan malam. Berdoa banyak menara api merentasi tanah didirikan.
- Berdoa untuk orang percaya berani lapar dan haus untuk jiwa-jiwa dan rela diutus ke padang-padang tuaian.
- Bertobat bagi akar-akar sejarah yang gelap
Banyak akar-akar sejarah yang gelap telah didirikan di tanah dari masa awal pengasasannya. Ini termasuk Penyembahan berhala, Freemasonry, Penagihan, Kegiatan Samseng. Terdesak sebagai pendatang baru ke negara asing, nenek-moyang kita dalam ketakutan, kurang keyakinan dan kesakitan yang mendorong mereka mengejar milikan kebendaan. Mereka mencari pertolongan daripada kumpulan traid, kongsi gelap untuk melindungi diri. Ini membawa masuk candu, pelacuran, minuman keras secara gelap, berjudi, pemerasan pekerja pendatang, pencabulan seksual, keganasan, pornografi, pemerdagangan manusia dan pengguguran.
Kerana ini, Pulau Pinang menjadi daya penarik untuk penagihan kepada perjudian, arak dan penyalahgunaan dadah menerusi generasi pun. Sudah sampai masa untuk kita bertobat dan berseru kepada Tuhan supaya mentahirkan tanah dan Pulau Pinang dibebaskan daripada kutukan ini supaya Pulau Pinang boleh bangkit ke dalam destini profetiknya.
Selaku gereja Tuhan di Pulau Pinang, kita datang mengadap Tuhan, Allah Maha Kuasa, memohon pengampunan untuk:
- Nenek-moyang kita yang telah membuka pintu air untuk kegelapan dan kejahatan masuk.
- Memelihara pergaulan dengan kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam maksiat samada melalui nama keluarga, perdagangan atau lokasi.
- Membenarkan maksiat ini berterusan dalam komuniti Pulau Pinang dengan tidak peduli, tidak tahu dan mendiamkan diri.
Kita memaklumkan dan mengakui bahawa melalui maksiat ini, nenek-moyang kita telah merosakkan masyarakat kita dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemiskinan dan kehancuran keluarga serta lain-lain kejahatan dalam masyarakat kita.
Kita minta selaku Engkau mengampuni kita, kiranya dalam belas kasihan-Mu, tolong tahirkan tanah Pulau Pinang dan patahkan kutukan-kutukan generasi atas umat Pulau Pinang.
Tahirkan kita Tuhan daripada segala kenajisan tanah Pulau Pinang supaya ia boleh berkembang.
3 Kiranya gunung-gunung Pulau Pinang membawa damai sejahtera bagi bangsa, dan bukit-bukit membawa kebenaran.
4 Kiranya Tuhan kita membawa keadilan kepada umat yang miskin dan menyelamatkan anak-anak sesak; dan menghancurkan penindas dari Pulau Pinang (Maz 72:3-4).
- Generasi Berikut
Selaku Tuhan membebaskan Pulau Pinang daripada kutukan dahulu, sekarang mari kita berdoa:
- Untuk pemimpin generasi berikut bangkit dalam gereja, tempat pasaran dan alam politik, dipenuhi keberanian dan kebenaran, dengan kasih untuk membangun Pulau Pinang dan negara, sesuai dengan rencana Tuhan.
- Berdoa untuk roh pembelajaran yang baru tercurah atas pelajar-pelajar di Pulau Pinang selaku mereka kembali ke sekolah. Kiranya mereka lebih maju dan bertumbuh dalam hikmat.
- Orang-orang Pulau Pinang
Sejajar dengan doa kita dari Mazmur 72, sekarang kita berdoa untuk kebajikan orang Pulau Pinang
- Sejajar dengan Visi 2030, bahawa keluarga akan teguh, perhubungan disembuhkan dimana terdapat kesakitan dan pemecahan.
- Mereka yang kehilangan kerja dan kerugian perniagaan akan pulih dan mencari jalan untuk mendapat rezeki menampung keluarga, terutama dalam sektor pelancungan yang merupakan kunci pemacu ekonomi negeri.
- Keadaan Covid di Pulau Piang supaya terkawal dengan baik. Barisan depan tetap kuat dan sihat dan terlindung.
DOA DAN DEKLARASI
Tuhan, kita berdoa Pulau Pinang akan bersinar untuk kemuliaan Tuhan.
Selaku umat Tuhan bangkit dan menekan dalam doa, kita mahu meminta suatu Kebangkitan Rohani yang gagah perkasa.
Tuhan, tolonglah Pulau Pinang melahirkan rencana Tuhan, kerana gereja yang memegang kunci. Kiranya gereja di Pulau Pinang bertumbuh dalam KESATUAN dan kiranya dibangkitkan PERSEMBAHAN yang menggerakan hati dan tangan Tuhan untuk negeri ini, membawa Kebangkitan kepada negeri-negeri lain di Malaysia.
Tuhan, gerakan gereja-Mu untuk lebih mengasihi Engkau dan mencari Kerajaan serta kebenaran-Mu terlebih dahulu, dan umat Tuhan tidak akan terpesong oleh kekhuatiran dan godaan dunia ini. Kiranya kita hidup untuk Engkau dan membawa masuk Tuaian jiwa-jiwa. Curahkan Roh-Mu ya Tuhan.
Kita isytiharkan Ketuhanan-Mu atas Pulau Pinang!
Dalam nama agung Yesus, Amin.
DOA BAGI ANAK
[nama anak]
Anda adalah hadiah yang berharga.
Anda adalah pemberian, bukan beban/kesilapan.
Mazmur 127:3
Anak-anak adalah anugerah Tuhan, mereka adalah berkatNya.
[nama anak]
Anda taat dan anda mendengar kata-kata kami.
Amsal 1:8-9
Hai anakku, dengarkanlah didikan ayahmu, dan jangan menyia-nyiakan ajaran ibumu sebab karangan bunga yang indah itu bagi kepalamu, dan suatu kalung bagi lehermu,
[nama anak]
Anda sedang membangun dasar yang kuat.
Amsal 22:6
Didiklah orang muda menurut jalan yang patut baginya, maka pada masa tuanya pun ia tidak akan menyimpang dari pada jalan itu.
[nama anak]
Anda akan mengalami Tuhan Bapa.
Matius 19:14
Tetapi Yesus berkata, “Biarkanlah anak-anak itu, janganlah menghalang-halangi mereka datang kepada-Ku; sebab orang-orang yang seperti itulah yang empunya Kerajaan Sorga.”
[nama anak]
Anda akan takut akan Tuhan, peganglah perintahNya dan anda akan sentiasa baik.
Ulangan 5:29
Kiranya hati mereka selalu begitu, yakni takut akan Daku dan berpegang pada segala perintahKu, supaya baik keadaan mereka dan anak-anak mereka untuk selama-lamanya!
[nama anak]
Anda ada damai Tuhan di dalam mu.
Anda tidak akan cemas atau tertekan.
Yesaya 54:14
Semua anakmu akan menjadi murid Tuhan, dan besarlah kesejahteraan mereka
[nama anak]
Anda akan senantiasa baik dalam pelajaran mu dan dalam apa saja.
Mazmur 90:17
Kiranya kemurahan Tuhan, Allah kami, atas kami, dan teguhkanlah perbuatan tangan kami, ya, perbuatan tangan kami, teguhkanlah itu.
[nama anak]
Anda akan mempunyai hubungan yang kuat dengan kami.
Ulangan 6:6-7
Apa yang kuperintahkan kepadamu pada hari ini haruslah engkau perhatikan, haruslah engkau mengajarkannya berulang-ulang kepada anak-anakmu dan membicarakannya apabila engkau duduk dirumahmu, apabila engkau sedang dalam perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun.
[nama anak]
Anda adalah kebanggaan dan sukacita saya.
Anda diterima dan disayangi.
Amsal 17:6
Mahkota orang-orang tua adalah anak cucu dan kehormatan anak-anak ialah nenek moyang mereka.
[nama anak]
Anda mempunyai tujuan dan takdir yang kuat.
Identiti anda berlabuh pada Kristus.
Yeremia 1:5
“Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, Aku telah mengenal engkau, dan sebelum engkau kelauar dari kandungan, Aku telah menguduskan engkau, Aku telah menetapkan engkau menjadi nabi bagi bangsa-bangsa.”