DOA DAN DEKLARASI
- Kami deklarasikan agar Gereja Tuhan di Malaysia akan bangkit untuk memenuhi tujuan Tuhan atasnya. Dan Kemuliaan Tuhan ada atas kita! (Yesaya 60:1,2).
- Inilah masanya bagi Malaysia, masa untuk belas kasihan, kebaikan dan berkat Tuhan (Maz 102:13). Kita mengisytiharkan masa penetapan semula untuk Malaysia, masa penjajaran yang betul dengan Bapa dan satu sama lain, dan apabila kita melakukannya, kita akan mendapati diri kita dipenuhi dengan berkat demi kemuliaan dan perluasan kerajaan Tuhan.
- Kita bangkit dalam iman, dengan keintiman baru bersama Yesus (Yohanes 14) dan minda kerajaan yang baru. Kita bangkit dengan kasih yang baru bagi satu sama lain, untuk mengasihi sebagaimana Kristus mengasihi kita. Kita bangkit dengan tekad untuk mempraktikkan budaya menghormati dan bersama-sama gereja Tuhan akan menyatakan keindahan dan kemuliaan Juruselamat kita, Yesus.
- Kita mengisytiharkan kesembuhan dan pemulihan ke atas Gereja Tuhan dan Negara kita, karena pertaubatan berlaku dan pengampunan diberikan khususnya kepada anak sulung dalam negara kita. Kita memberkati anak sulung keluarga, anak sulung bagi Negara kita dan kita nyatakan kehidupan kepada mereka. Kita mengisytiharkan bahawa mereka akan menjadi kepala dan bukan ekor, mereka akan menjadi kuat dan akan mempunyai keagungan maruah dan keagungan kuasa (Kej 49:1). Mereka akan mengambil peranan mereka melalui kedudukan yang sah dalam negara ini, dan mereka akan melihat pekerjaan tangan mereka akan ditegakkan. (Maz 90:17)
- Kita mengisytiharkan bahawa Bapa dan pemimpin-pemimpin rohani tanah kita akan bangkit untuk memikul peranan mereka dengan kuasa dan dengan kesatuan, dengan itu melepaskan rahmat yang besar (Kisah Para Rasul 4:33) dan dengan itu, kebangkitan anak-anak lelaki dan perempuan kita dalam kuasa rohani.
- Kita mengisytiharkan bahawa kulit wain baru sedang disediakan untuk wain baru yang sangat diperlukan oleh Negara kita, dan kuasa besar akan datang ke atas Tubuh Kristus, seperti yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
- Kita mengisytiharkan angin Roh Kudus ada di sini bergerak melalui bandar, negeri dan kampung, dan kebangkitan dan kebangunan Rohani telah mulai dalam hati kita. Kita terus mengisytiharkan surga terbuka ke atas Negara kita.
- Kita melihat dengan matai man dan kita deklarasikan :
- Tulang yang kering dihidupkan semula dan menjadi hidup.
- Penuaian jiwa yang besar datang kepada Yesus.
- Tentera Kristus yang perkasa bangkit, berbaris dalam barisan, bersama-sama dengan bala tentera malaikat yang hebat dibebaskan ke atas Malaysia.
- Pendoa syafaat, pejuang penyembahan dan Jeneral-jeneral mengambil kedudukan mereka.
- Jubah Yehu diurapi untuk memerangi roh sihir, pelacuran dan Izebel, dan jubah urapan Koresh datang ke atas bapa-bapa di tanah kita untuk mematahkan roh Babel dan menguasai seluruh tanah kita.
- Kita mengisytiharkan bahawa walaupun dalam masa sukar yang kita alami dalam negara kita, kita akan terus menyatakan Haleluyah kepada Yesus. Kita tidak akan goncang tetapi bersama sebagai Satu, dengan Roh Kudus atas kita, kita akan “berpegang kepada Tuhan” dan kita akan mengejar musuh tanpa henti, mendahului mereka dan memulihkan (1 Samuel 30:8) semua yang telah mereka rampas daripada kita.
- Kita mengisytiharkan agar Suara Tuhan akan didengari di seluruh tanah kita, menghancurkan kuasa kegelapan, dan membawakan bunyi penebusan bagi anak sulung di negeri itu, suara kebebasan, suara sukacita, kegembiraan, kemenangan dan sukacita besar dalam Nama Yesus! Amin!!