DOA UNTUK KEJADIAN KRITIKAL DI BANGSA KITA – NEGERI MELAKA

 

Ibrani 12:26-29 (TB)

26 Waktu itu suara-Nya menggoncangkan bumi, tetapi sekarang Ia memberikan janji: “Satu kali lagi Aku akan menggoncangkan bukan hanya bumi saja, melainkan langit juga.   27 Ungkapan “Satu kali lagi” menunjuk kepada perubahan pada apa yang dapat digoncangkan, karena ia dijadikan supaya tinggal tetap apa yang tidak tergoncangkan.  28 Jadi, karena kita menerima kerajaan yang tidak tergoncangkan, marilah kita mengucap syukur dan beribadah kepada Allah menurut cara yang berkenan kepada-Nya, dengan hormat dan takut. 29 Sebab Allah kita adalah api yang menghanguskan.

 

Kita sekarang hidup di era kegoncangan Tuhan di mana Dia sedang menggoncangkan bangsa-bangsa. Kita di Malaysia juga tidak terkecuali. Tetapi Tuhan menginginkan umat-Nya tetap teguh dan tidak tergoyah supaya mereka dapat bekerjasama  dengan Dia untuk melihat tujuan-Nya datang kepada bangsa-bangsa.

Marilah kita bersatu berdasarkan ayat Matius 18: 18-20, sepakat berdoa sehingga ketika “dua orang daripada mu di dunia ini sepakat meminta apapun juga, permintaan mereka itu akan dikabulkan oleh Bapa-Ku yang di sorga”

 

Situasi kritikal semasa di Melaka

Pada 5 Oktober 2021, Dewan Undangan Negeri Melaka telah dibubarkan sehingga membawa negeri Melaka ke dalam satu krisis politik yang mempunyai kesan yang jauh bahkan mempengaruhi rancangan pemulihan Covid 19.

Semasa Tuhan membangunkan kita untuk berdoa, kita menyedari bahawa Melaka adalah sebuah bandar bersejarah yang penting dengan kekayaan warisan. Sejarah Malaysia ada hubungan serta berkait rapat dengan sejarah Melaka. Oleh kerana itu, kita merasakan bahawa krisis politik di Melaka sekarang adalah satu seruan sangkakala oleh Tuhan agar kita semua berdiri bersama-sama untuk mendoakan destini-nya.

 

Mari kita bersama-sama berdoa untuk Melaka untuk perkara-perkara berikut:

  • Doa untuk gegaran politik yang baru sahaja berlaku

Tuhan Bapa, kami berdoa agar setiap pihak berkuasa yang ada kaitan dapat membuat keputusan yang bijak ;sama ada untuk memanggil pilihan raya negeri atau mengisytiharkan darurat; serta mentadbir negeri dengan baik sementara berlaku peralihan kepada kerajaan yang baru. Kami berpendirian bahawa apa pun keputusannya, situasi ini tidak akan membuka pintu untuk kuasa kegelapan masuk mengambil kesempatan atas ketidakstabilan ini.

 

  • Tuhan kami berdiri bersama dalam Kristus dan mengisytiharkan Mazmur 33:8-11 atas Melaka

Biarlah segenap bumi takut kepada TUHAN, biarlah semua penduduk dunia gentar terhadap Dia! Sebab Dia berfirman, maka semuanya jadi; Dia memberi perintah, maka semuanya ada. TUHAN menggagalkan rencana bangsa-bangsa; Ia meniadakan rancangan suku-suku bangsa; tetapi rencana TUHAN untuk Melaka tetap selama-lamanya, rancangan hati-Nya untuk Melaka (tidak tergoyah) turun-temurun.

 

  • Doakan Melaka Kota warisan sebagai Kota Pintu Gerbang
  • Pada tahun 1545 Francis Xavier adalah mubaligh pertama yang membawa Injil ke Melaka.
  • London Missionary Society kemudian mengambil alih tugas misi di Melaka dan mengutus dua orang yang hebat ia itu Robert Morrison (1782 hingga 1834) dan William Milne (1782-1822) ke sana. Mereka menterjemahkan Alkitab Protestan pertama (bhs Mandarin), Perjanjian Lama dan Baru pada tahun 1818. Ia pertama kali dicetak pada tahun 1823 di Melaka

Tuhan, kami mengucapkan terima kasih kepada Engkau kerana memilih Melaka dari dasar dunia untuk menjadi kota pintu masuk Injil ke bangsa kami. Kami sekarang berdiri bersama untuk mengawasi pintu gerbang ini agar pintu ini sentiasa terbuka kepada Raja Kemuliaan.

 

  • Tuhan kami sekarang berdiri bersama dalam Kristus untuk mengisytiharkan Mazmur 24 ke atas Melaka:

Tuhan, kami mengisytharkan Melaka adalah milik Tuhan dan segala isinya, dan dunia serta semua bangsa yang diam di dalamnya. Sebab Engkaulah yang mendasarkan Malaysia di atas lautan dan menegakkannya di atas (dasar) sungai-sungai. Kami memuji Engkau Tuhan kerana dasar yang begitu luarbiasa.

Jadi kami mendeklarasikan “Angkatlah kepalamu, hai pintu-pintu gerbang Melaka, dan terangkatlah kamu, hai pintu-pintu yang berabad-abad, supaya masuk Raja Kemuliaan! “Siapakah Dia itu Raja Kemuliaan?” “TUHAN semesta alam, Dialah Raja Kemuliaan!” Datang sekarang Ya Tuhan ke dalam pintu gerbang Melaka.

 

  • Doa untuk gereja-gereja di Melaka – “Ekklesia” dari Melaka
  • Christ Church di Melaka adalah Gereja Protestan pertama yang dibina di negara ini oleh Belanda pada abad ke-18 dan mempunyai tulisan Yohanes 1v1 yang tercetak di mimbar tembaga – masih ada sehingga kini. Sekiranya anda mengunjungi gereja ini, anda akan mendapati di dindingnya terdapat banyak bukti orang-orang saleh yang pernah tinggal di sana.

 

Kami memuji Mu Ya Tuhan bahawa asas-asas gereja Tuhan di Melaka telah didasari sebelum bangsa kami dibentuk. Kami berterima kasih ya Tuhan, selama bertahun-tahun orang-orang yang setia, berdiri teguh di dalam doa untuk kota yang mengagumkan ini. Tuhan, saat ini Engkau mengangkat gereja-gereja di Melaka untuk bersatu sebagai “ekklesia” Kristus supaya mereka dapat diberi kunci-kunci kerajaan untuk membuka destini kota ini.

Semoga gereja Melaka kuat, bersemangat ; menyahut panggilan mereka untuk menjadi pengaruh yang positif di tengah-tengah waktu ketidakpastian ini. Semoga gereja Tuhan di Melaka terus percaya kepada Tuhan. Semoga Engkau membangkitkan lebih ramai lagi pemimpin gereja, ahli politik, pemimpin masyarakat sivil, penjawat awam, ahli perniagaan dan pekerja dipasaran yang mempunyai keprihatinan sejati terhadap kesejahteraan kota.

Apabila umat Mu berdiri sebagai pengantara dan bersyafaat bagi kota ini, kami mengisytiharkan bahawa kehendak-Mu akan terjadi di kota ini sepertimana yang telah diisytiharkan di surga. Kami berdoa dan mendeklarasi bahawa kebangkitan rohani akan datang melalui pintu gerbang berabad ini.

Dalam nama Kristus kami berdoa. Amin.

 

Log masuk