DOA UNTUK NEGERI SEMBILAN

Sejarah Ringkas

Nama Negeri Sembilan dipercayai berasal daripada sembilan kampung-kampung atau nagari dalam bahasa Minangkabau (sekarang dikenali sebaga luak), yang diduduki oleh orang-orang Minangkabau, bangsa yang berasal dari Sumatra Barat. Sekarang negeri ini mengandungi tujuh daerah, yang selanjutnya dibahagikan kepada 61 mukim-mukim.

Negeri Sembilan dibawah penaklukan Jepun semasa Perang Dunia Kedua dari tahun 1942 hingga 1945, menyertai Persekutuan Malaya pada 1948, dan dijadikan satu negeri di Malaysia pada 1963. Dalam tahun 1990an dan 2000an, Seremban dan Nilai menarik orang-orang yang berpindah dari kota-kota yang sesak di Lembah Klang. Kedua-dua bandar ini juga menjadi tapak kilang-kilang baru dan taman-taman perindustrian, mempercepatkan pembangunan negeri ini di zaman moden.

Kepentingan Nombor  9

Secara alkitabiah, nombor 9 melambangkan penggenapan ilahi atau membawa erti muktamad. Nombor 9 juga mewakili buah Roh Kudus (Galatia 5:22-23).

Isytiharkan Mazmur 66:1-7

1 Bersorak-sorailah bagi Allah, hai seluruh bumi

2 mazmurkanlah kemuliaan nama-Nya, muliakanlah Dia dengan puji-pujian!

3 Katakanlah kepada Allah: “Betapa dahsyatnya segala pekerjaan-Mu;  oleh sebab kekuatan-Mu yang besar, musuh-Mu tunduk  menjilat kepada-Mu.

4 Seluruh bumi sujud menyembah  kepada-Mu, dan bermazmur  bagi-Mu, memazmurkan nama-Mu.”

5 Pergilah dan lihatlah pekerjaan-pekerjaan Allah; Ia dahsyat dalam perbuatan-Nya terhadap manusia:

6 Ia mengubah laut menjadi tanah kering, dan orang-orang itu berjalan kaki menyeberangi sungai. Oleh sebab itu kita bersukacita  karena Dia,

7 yang memerintah dengan perkasa untuk selama-lamanya, yang mata-Nya mengawasi   bangsa-bangsa. Pemberontak-pemberontak tidak dapat meninggikan diri

Berdoa untuk Negeri Sembilan

(a) Agungkan Nama Allah

Allah Maha Kuasa dan Bapa Syurgawi, kita memuji, memberkati dan mengagungkan Engkau . Sesungguhnya Engkau termulia dan perbuatan-Mu dahsyat. Kita mengakui segala kekuasaan milik-Mu, dan Engkau memerintah negara-negara. Kita berterima kasih untuk Negeri Sembilan yang cantik dan pembangunan yang telah tercapai dari tahun kesetahun.  Kita isytiharkan Engkau bertakhta atas Negeri Sembilan dan Engkau ada panggilan penebusan untuk negeri ini dan kesemua tujuh daerahnya, iaitu Seremban, Port Dickson, Rembau, Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin. Kita mencari Engkau, Tuhan, untuk damai sejahtera dan kemakmuran Negeri Sembilan.

(b) Pengakuan dan Pertaubatan

Tuhan, Firman-Mu mengatakan di 2 Tawarikh 7:14 bahawa jika “umat-(Mu), yang atasnya nama-(Mu) disebut, merendahkan diri, berdoa dan mencari wajah-(Mu)  lalu berbalik dari jalan-jalan(kita) yang jahat, maka (Engkau) akan mendengar  dari sorga dan mengampuni  dosa (kita), serta memulihkan  negeri (kita).”  Maka kita datang dengan rendah hati kepada Engkau mengakui dan bertaubat untuk penyembahan berhala, kepentingan diri dan keangkuhan. Ampuni negeri kita untuk setiap bentuk dosa, rasuah dan pencabulan. Biar terang-Mu bersinar atas Negeri Sembilan, dan biar negeri ini mengalami perkenanan ilahi dan berkat. Kita menuntut Firman-Mu bahawa Engkau akan menyelesaikan kerja yang Engkau telah mulakan dalam negeri ini.

(c) Berdoa untuk Pemimpin Kerajaan Negeri

Bapa Syurgawi yang murah hati, saat ini, kita memohon berkat-Mu atas Yang Di-Pertuan Besar, Menteri Besar dan semua pemimpin politik di Negeri Sembilan supaya mereka akan memimpin dalam hikmat, pengertian, pemahaman dan takut akan Allah. Kerinduan kita adalah melihat penduduk negeri ini akan hidup tenang dan tenteram dalam segala kesalehan  dan kehormatan.  Kelilingi pemimpin-pemimpin ini dengan penasihat-penasihat yang takut akan Tuhan, pada hal “ Jikalau tidak ada pimpinan, jatuhlah bangsa, tetapi jikalau penasihat banyak, keselamatan ada.”  (Amsal 11:14).

(d) Berdoa untuk Gereja

Ya Tuhan, kita memuji dan mengucap syukur bahawa sebagai Gereja-Mu, kita ialah bangsa yang terpilih, imamat yang rajani, bangsa yang kudus, umat kepunyaan Allah  sendiri, supaya kita memberitakan perbuatan-perbuatan yang besar dari Engkau, yang telah memanggil kita keluar dari kegelapan kepada terang-Mu  yang ajaib  (1 Petrus 2:9). Kita berdoa untuk gereja-gereja daerah di Negeri Sembilan supaya disatukan untuk mencari wajah-Mu, ya Allah. Tolonglah umat-Mu untuk “berusaha memelihara kesatuan Roh oleh ikatan damai sejahtera”   (Efesus 4:3). Kita memohon, Tuhan, Engkau menggerakkan dan membangkitkan lebih ramai pastor, penasihat dan pendoa syafaat di negeri ini bagi saat-saat seperti ini, untuk “memperlengkapi orang-orang kudus bagi pekerjaan pelayanan, bagi pembangunan tubuh Kristus, sampai kita semua telah mencapai kesatuan iman dan pengetahuan yang benar tentang Anak Allah, kedewasaan penuh, dan tingkat pertumbuhan yang sesuai dengan kepenuhan Kristus” (Efesus 4:12-13). Kita berdoa Gereja-Mu bangun dengan kehausan dan kelaparan untuk kebenaran, hidup seperti Kristus dan berbuah dalam memenangi jiwa-jiwa baru untuk kerajaan-Mu. Kita berdoa untuk semua orang percaya mengusahakan buah Roh dalam hidup mereka.

(e) Berdoa untuk Keluarga

Allah Maha Kuasa, kita menyatakan berkat atas keluarga-keluarga di negeri ini. Kita berdoa untuk damai sejahtera dan kasih saying dalam perhubungan antara suami isteri dan ibu-bapa dengan anak-anak. Firman-Mu mengatakan di Mazmur 27:10 Sekalipun ayahku dan ibuku meninggalkan aku, namun TUHAN menyambut aku.  Maka, kiranya Engkau jadi bapa kepada yang tiada berbapa atau beribu.  Kuatkanlah ibu dan bapa tunggal dan bangunkan semula tembok damai, kasih dan harmoni yang telah runtuh dalam keluarga. Kita berdoa untuk anak-anak sesat  kembali ke rumah, dan terjadilah perdamaian, penyembuhan dalaman dan pemulihan setiap keluarga yang terpecah dan terungsi.

(f) Berdoa untuk Generasi Penerus

Tuhan, kita juga berdoa untuk generasi penerus di negeri ini. Bukalah pintu-pintu kesempatan untuk mereka menerima pendidikan holistik dan pekerjaan.  Kita memohon Engkau lepaskan berkat-Mu atas instituisi pendidikan dan gereja-gereja untuk menghasilkan generasi yang muncul dengan “jiwa yang lain.” Lindungilah pemuda-pemudi daripada segala kenajisan, pengaruh duniawi dan tekanan rakan sebaya yang negatif.  Bangkitkan satu generasi yang saleh yang membuat perbedaan dan menjadi ejen perubahan di negeri dan negara ini.   Bangkitkan kanak-kanak, belia dan dewasa muda yang tidak malu terhadap Injil.  Cetuskan kebangkitan, dan terjadilah penyabitan dosa yang besar-besaran serta pembersihan suci. Kita isytiharkan dan dekrikan satu generasi yang akan mengambil cota dengan ketaatan besar untuk mempercepatkan kembalinya Tuhan.

(g) Berdoa untuk Kemakmuran Negeri 

Jehovah Jireh, kita akui Engkaulah Allah yang mempercukupkan. Firman-Mu mengatakan Engkaulah yang memberi kita keupayaan menghasilkan kekayaan. Jadi, kita melihat kepada-Mu untuk membangun semula ekonomi negeri ini. Kita berdoa untuk para peniaga supaya mengelolakan perniagaan mereka dengan ikhlas supaya akan terjadi kejayaan dan kemakmuran yang benar. Kita berdoa untuk pimpinan dalam sektor-sektor perkilangan, aktiviti pertanian dan industri pelancongan dalam kaitan pengetahuan, sumber dan  hubungan penting.

(h) Berdoa untuk Pekerja-pekerja Asing   

Allah Maha Kuasa, kita membawa pekerja-pekerja asing di negeri ini kepada Engkau. Berkatilah kebajikan mereka dan tolonglah mempercukupkan keperluan mereka untuk menyara keluarga-keluarga mereka. Kita memohon Engkau memampukan dan memakai kita sebagai anak dan murid-Mu, untuk berani dan menggunakan setiap peluang dengan baik untuk berkongsi khabar sukacita dengan mereka. Seperti tertulis di Yesaya 52:7 and Roma 10:15: “Betapa indahnya kedatangan mereka yang membawa kabar baik!”

(i) Berdoa menentang Semua Benteng-benteng  

Abba Bapa, dalam Nama Yesus Kristus, kita bangkit menentang roh-roh dibelakang penjudian siber dan ketagihan dadah. Kita mencabut akar dan menggulingkan mezbah agama tradisional, agama palsu, kultus, ketamakan dan pencabulan seks. Dalam Nama Yesus, kita menolak kuasa-kuasa kegelapan dan mematahkan setiap pemikiran yang jahat yang datang daripada tradisi dan adat-resam pelbagai kumpulan etnik . Kita isytiharkan kebebasan atas penduduk-penduduk Negeri Sembilan dan melepaskan rencana Tuhan untuk negeri ini.

Terima kasih, Tuhan, kerana mengabulkan doa ini untuk Negeri Sembilan.

Dalam nama Yesus yang mulia dan agung, kita berdoa, Amin.