DOA UNTUK NEGARA – KUASA UNTUK PENGURAPAN TEROBOSAN
Untuk ke tahap yang lebih tinggi, kita memerlukan kuasa Roh Kudus untuk pengurapan terobosan.
Yesaya 11:1-3 (AVB)
Keturunan Raja Daud seperti pokok yang sudah ditebang. Tetapi sebagaimana tunas baru tumbuh pada tunggul pokok, demikian juga seorang raja yang baru akan muncul daripada keturunan Raja Daud. 2 Kuasa TUHAN akan mengurniakan kebijaksanaan kepada dia juga pengetahuan dan kecekapan untuk memerintah umatnya. Dia mengenal kehendak TUHAN dan menghormati Dia. 3 Dia suka mentaati TUHAN. Dia tidak menghakimi orang secara sekilas pandang ataupun berdasarkan kata orang.
- Imam, raja atau nabi dalam perjanjian lama telah diurapi dengan minyak sebelum mereka diberi kuasa untuk memenuhi panggilan Tuhan atas kehidupan mereka supaya memimpin bangsa mereka untuk memiliki warisan mereka.
- Selepas Yesus dibaptis dan melalui ujian di padang gurun, dia memulakan pelayanannya dalam kuasa dan kepenuhan Roh Kudus.
- Para rasul telah dibaptis oleh Roh Kudus dalam Kisah Rasul Rasul pasal 2 dan menerima pengurapan terobosan yang hebat, menghasilkan penggenapan yang menakjubkan untuk tujuan ilahi mereka.
- Sumber pengurapan kuat Roh Kudus ini telah dinubuatkan di Yesaya 11:1-3 iaitu tujuh aspek Roh Kudus yang bekerja dalam kehidupan and pelayanan Mesias, kerana Dia juga akan aktif apabila Dia datang, bersandar dan menampakkan Diri melalui umatnya secara umum.
- Kita berdoa agar Tuhan mengurapi kita dengan Roh Tuhan yang tujuh kali berlipat-ganda supaya kami menjadi wadah terobosan yang digunakan dengan kuat oleh Tuhan untuk menyatakan kuasa dan kehadiran Kerajaan Tuhan di bumi.
ROH TUHAN
Efesus 5:18b, “Tetapi hendaklah kamu dikuasai oleh Roh Allah” (AVB)
- Tuhan Yesus, Engkau adalah Kristus, yang diurapi. Kita mengisytiharkan bahawa kita ingin hidup dengan Roh, bahawa kita tidak lagi memuaskan keinginan daging atau sifat berdosa.
- Kita tunduk kepada Tuhan, menentang setiap perbuatan musuh dan dia akan lari dari kita agar kita dapat mengatasi dan menang dalam setiap godaan dan rintangan.
- Kita dahaga dan lapar akan Engkau Roh Kudus and Engkau akan memenuhi kita dengan kebenaranMu.
- Kita mengisytiharkan bahawa kita adalah anak-anak Tuhan yang dipimpin oleh Roh Kudus and tidak lagi tertakluk kepada ketakutan tetapi adalah pewaris Tuhan yang berkongsi dalam kemuliaan Yesus.
- Kita meminta agar Engau memenuhi kita setiap hari dengan kepenuhan Roh Kudus Tuhan agar kita akan menyatakan kehadiran dan kuasa Tuhan kepada orang lain.
ROH KEBIJAKSANAAN
Yakobus 1:5-8
5 Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan kebijaksanaan kepadanya; kerana Allah memberikan dengan murah hati dan dengan sukacita kepada setiap orang. 6 Tetapi apabila kamu berdoa, kamu mesti percaya. Kamu tidak boleh ragu-ragu seperti ombak di laut yang diumbang-ambingkan angin. 7-8 Orang seperti itu tidak tetap pendiriannya dan teragak-agak dalam semua perbuatannya. Oleh itu dia juga tidak dapat mengharapkan apa-apa daripada Tuhan. (AVB)
- Tuhan Yesus, berikanlah kita rasa takut akan Tuhan agar kita beroleh hikmat untuk hidup dalam ketaatan kepada firman dan jalan-Mu
- Kurniakan kita kebijaksanaan ilahi untuk membuat pertimbangan yang betul serta pemahaman yang mendalam tentang kesan keputusan yang dibuat.
- Bermurah hatilah memberi kepada kita roh kebijaksanaan untuk menerapkan kebenaran dan prinsip-Mu dalam semua keadaan agar kita dapat melakukan kehendak-Mu dan menyenangkan hati-Mu.
- Kurniakan kita iman untuk mempercayai apa sahaja yang kita doakan tanpa ragu-ragu tetapi percaya sepenuhnya kepada kebijaksanaan-Mu dalam semua keadaan.
ROH PENGERTIAN
Kolose 1:9 – Itulah sebabnya kami selalu berdoa bagi kamu, sejak kami mendengar berita tentang kamu. Kami berdoa kepada Allah supaya Roh Allah memberikan kebijaksanaan dan pengertian kepada kamu, sehingga boleh mengetahui kehendak Allah dengan sempurna (AVB)
- Tuhan bapa, kurniakan kita pandangan rohani dan pemahaman tentang hukum-hukumMu supaya kita pelihara dan patuhinya dengan segenap hati kita.
- Bantulah pemimpin kita untuk menjadi gembala yang sesuai dengan hatiMu agar mereka memimpin kita dengan ilmu dan pemahaman.
- Kurniakan kita hati dan telinga yang mendengar Tuhan dan pemimpin supaya kita akan hidup dalam cara yang baik, penuh dengan amalan kerendahan hati.
- Urapilah kita dengan roh kefahaman bahawa kita akan mempercayai Engkau dan tidak bergantung kepada pemahaman sendiri supaya kita akan mengetahui dan mengikut kehendak Tuhan.
ROH NASIHAT
Mazmur 32:8 – Aku akan mendidik dan mengajarmu ke jalan yang benar; Aku akan membimbingmu dengan mata-Ku (AVB).
- Roh Kudus, kurniakan kita nasihat-Mu untuk merangka rancangan terbaik mengikut kehendak-Mu agar gereja dan negara kita dibangkitkan semula dan diubah.
- Bantu kita untuk memahami nasihat-Mu mengarah ke masa depan dan menerima arahan-Mu dengan segera dan penuh kepatuhan.
- Kita mengisytiharkan bahawa pertimbangan dan nasihat yang wajar adalah kepunyaan-Mu. Penuhi kita juga dengan Roh ini supaya kita boleh menasihati orang lain untuk mengikuti jalan kebenaran-Mu.
- Kiranya kita berhati-hati untuk mendapatkan banyak nasihat kerana dengan banyak penasihat ada keselamatan dan kejayaan.
ROH KUASA
Efesus 1:18-21
18 Aku memohon agar Allah menjadikan fikirn kamu terbuka untuk memahami ajaran-Nya. Dengan demikian kamu mengetahui apa yang dapat kamu harapkan daripada Allah yang memanggil kamu. Betapa indah dan berlimpah-limpahnya berkat yang dijanjikan oleh Allah kepada umat-Nya, 19 serta betapa besar kuasa-Nya yang menolong kita, orang yang percaya kepada Kristus. Kuasa itu seperti kuasa 20 yang digunakan oleh Allah ketika Dia membangkitkan Kristus daripada kematian, lalu memberi Dia tempat duduk di sebelah kanan-Nya di syurga. 21 Di situ Kristus berkuasa atas semua pemerintah, penguasa, pemimpin dan raja. Kristus jauh lebih berkuasa daripada sesiapa pun, baik yang hidup pada zaman ini mahupun pada zaman yang akan datang. (AVB)
- Roh Kudus, kita menerima kuasa-Mu yang tiada tandingannya untuk beroperasi dalam mukjizat, tanda-tanda dan keajaiban terutamanya dalam penuaian jiwa.
- Kita mengisytiharkan bahawa Engkau telah memperlengkapi kita dengan senjata, kewibawaan dan kuasa ilahi untuk merobohkan kubu, hujah dan setiap kepura-puraan yang meninggikan dirinya terhadap pengetahuan Tuhan dan kita menawan setiap pemikiran untuk menjadikannya taat kepada Kristus.
- Kita mengisytiharkan bahawa Engkau tidak memberikan kita semangat penakut tetapi roh kuasa, kasih sayang dan disiplin diri untuk menggerakkan karunia Roh supaya membina dan memberkati tubuh Kristus dan masyarakat.
- Kita mengisytiharkan bahawa kuasa ilahi-Mu telah memberikan kita segala yang kita perlu untuk hidup saleh melalui pengenalan kepada-Mu supaya kita boleh mengambil bahagian dalam sifat ilahi-Mu dan melarikan diri daripada kerosakan di dunia yang disebabkan oleh keinginan jahat.
ROH PENGETAHUAN
Kolose 1:9-13
9 Itulah sebabnya kami selalu berdoa bagi kamu, sejak kami mendengar berita tentang kamu. Kami berdoa kepada Allah supaya Roh Allah memberikan kebijaksanaan dan pengertian kepada kamu, sehingga boleh mengetahui kehendak Allah dengan sempurna.. 10 Dengan demikian kamu dapat hidup menurut kehendak Tuhan, dan sentiasa melakukan apa yang menyenangkan hati-Nya. Cara hidup itu akan menghasilkan pelbagai perbuatan yang baik, dan pengetahuan kamu tentang Allah akan bertambah juga. 11-12 Semoga kamu dikuatkan oleh Allah dengan kuasa-Nya yang mulia, sehingga dapat menanggung derita dengan sabar. Dengan sukacita bersyukurlah kepada Bapa, yang telah menjadikan kamu layak menerima apa yang disediakan oleh Allah untuk umat-Nya dalam pemerintahan yang penuh dengan cahaya daripada Allah. 13Allah sudah menyelamatkan kita daripada kuasa kegelapan, dan memindahkan kita ke bawah pemerintahan Anak-Nya yang dikasihi-Nya.(AVB)
- Bapa, kita berdoa agar kita semakin bertambah dalam pengetahuan dan wawasan yang mendalam, supaya kita dapat membezakan apa yang terbaik, kekal murni dan tidak bercacat dan dipenuhi dengan buah kebenaran.
- Roh Kudus urapilah kita dengan roh pengetahunan mengenai kehendak Tuhan melalui semua kebijaksanaan rohani dan pemahaman samada pada masa senang ataupun masa susah.
- Kita mengisytiharkan bahawa kita akan hidup sentiasa menghormati dan menyenangkan Engkau, menghasilkan setiap jenis buah yang baik.
- Kita mengisytiharkan kita akan sanggup membuat pengorbanan untuk melayani Tuhan dengan ketabahan, kesabaran dan kegembiraan yang besar.
ROH TAKUT AKAN TUHAN
Ulangan 10:12-13
12 “Sekarang, hai umat Israel, dengarlah tuntutan Tuhan, Allah kamu daripada kamu: Hormatilah Tuhan dan laksanakanlah segala perintah-Nya. Kasihilah Dia dan mengabdilah kepada-Nya dengan segenap hati; 13patuhilah segala hukum-Nya. Aku memberikan hukum-hukum itu kepada kamu hari ini untuk kepentingan kamu. (AVB)
- Tuhan, biarlah kita menyanjung-Mu, bergembira melakukan kehendak-Mu seperti Tuhan Yesus yang menganggap melakukan kehendak-Mu sebagai makanan-Nya.
- Kita menyerahkan setiap aspek hidup kita kepada-Mu agar kita dapat berjalan dalam semua jalan-Mu dengan melayani dan mengasihi-Mu dengan segenap hati, jiwa, fikiran dan kekuatan daya upaya kita.
- Penuhilah kita dengan rasa takut kepada Tuhan supaya kita akan menjauhi kejahatan, jalan fasik dan godaan dunia tetapi dengan rendah hati menyerahkan diri kepada pembetulan dan teguran.
- Kita mengisytiharkan berkat atas mereka yang takut akan Tuhan supaya mereka akan menikmati hasil tekun mereka, penuh sukacita, makmur dalam segala yang kita lakukan, berbuah dan tidak kekurangan apa-apa.