PANDUAN DOA MUFW BAGI DOA UNTUK KERAJAAN

 

Dalam beberapa bulan ini kita akan berfokus kepada pelbagai kementerian dalam kerajaan.

Roma 13:1-7

Tiap-tiap orang harus takluk kepada pemerintah yang di atasnya, sebab tidak ada pemerintah, yang tidak berasal dari Allah; dan pemerintah-pemerintah yang ada, ditetapkan oleh Allah. Sebab itu barangsiapa melawan pemerintah, ia melawan ketetapan Allah dan siapa yang melakukannya, akan mendatangkan hukuman atas dirinya. Sebab jika seorang berbuat baik, ia tidak usah takut kepada pemerintah, hanya jika ia berbuat jahat. Maukah kamu hidup tanpa takut terhadap pemerintah? Perbuatlah apa yang baik dan kamu akan beroleh pujian dari padanya. Karena pemerintah adalah hamba Allah untuk kebaikanmu. Tetapi jika engkau berbuat jahat, takutlah akan dia, karena tidak percuma pemerintah menyandang pedang. Pemerintah adalah hamba Allah untuk membalaskan murka Allah atas mereka yang berbuat jahat. Sebab itu perlu kita menaklukkan diri, bukan saja oleh karena kemurkaan Allah, tetapi juga oleh karena suara hati kita. Itulah juga sebabnya maka kamu membayar pajak. Karena mereka yang mengurus hal itu adalah pelayan-pelayan Allah. Bayarlah kepada semua orang apa yang harus kamu bayar: pajak kepada orang yang berhak menerima pajak, cukai kepada orang yang berhak menerima cukai; rasa takut kepada orang yang berhak menerima rasa takut dan hormat kepada orang yang berhak menerima hormat.

Bapa di dalam Syurga, kami datang kepadaMu untuk mengakui bahwa:

  1. Tuhan, Engkau yang telah menetapkan semua kementerian yang berkuasa, oleh itu Engkaulah Allah atas mereka, sama ada mereka baik atau jahat;
  2. Kami, UmatMu, memberi diri untuk tunduk pada kerajaan yang memerintah.
  3. Semua menteri dalam kerajaan adalah menteri yang telah Tuhan tetapkan untuk mengurus cukai.
  • Bapa di dalam Syurga, kami memohon keampunan dariMu kerana tidak menunjukkan penuh perhatian atas kerajaan Negara ini walaupun FirmanMu menyatakan kepada kami bahwa kerajaan yang memerintah telah dibentuk oleh Engkau untuk melakukan kehendakMu.
  • Kami telah menghakimi dan mengkritik kerajaan mengikut hikmat manusia kami sendiri daripada berdoa dan menaungi pihak yang berkuasa ini dengan darah Yesus, daripada mengundang Roh Kudus untuk bergerak dalam mereka untuk memimpin kementerian ke arah yang akan membawa kehendak kerajaanMu dalam Negara ini. Ampuni kami, Tuhan.
  • Roh Kudus, kami mengundang Engkau sekarang untuk datang ke dalam kerajaan kami untuk mencurahkan hikmatMu dan untuk menanam takut akan Engkau atas setiap menteri dalam kerajaan supaya mereka akan menjadi wadahMu yang dapat membawa ramai jiwa untuk diselamatkan dalam Negara ini.
  • Memandang menteri yang memerintah telah ditetapkan oleh Engkau untuk mengurus semua cukai yang telah dibayar kepada kerajaan, Bapa kami menyerahkan semua tugas para menteri kepadaMu supaya cukai-cukai itu akan menyokong kerja-kerjaMu yang Engkau ingin lakukan melalui orang yang berkuasa yang telah Engkau tetapkan ditempat tersebut.
  • Bapa, kami merendahkan hati datang dan memohon agar rancanganMu dan tujuanMu terlaksana melalui kerja yang kerajaan laksanakan. Kami datang dengan gementar kerana kami mengakui bahawa jalanMu yang akan kami hadapi dengan kesulitan, kesusahan dan ketidakselesaan. Namun Tuhan, berikan jalanMu dalam kerajaan Malaysia agar ianya akan dipulihkan dan dibina semula.

 

 

ALAM SEKITAR, TENAGA, KESIHATAN, SAINS & TEKNOLOGI

Mazmur 104:24-30

Betapa banyak perbuatan-Mu, ya TUHAN, sekaliannya Kaujadikan dengan kebijaksanaan,

bumi penuh dengan ciptaan-Mu. Lihatlah laut itu, besar dan luas wilayahnya, di situ bergerak, tidak terbilang banyaknya binatang-binatang yang kecil dan besar. Di situ kapal-kapal berlayar dan Lewiatan yang telah Kaubentuk untuk bermain dengannya. Semuanya menantikan Engkau supaya diberikan makanan pada waktunya. Apabila Engkau memberikannya, mereka memungutnya; apabila Engkau membuka tangan-Mu, mereka kenyang oleh kebaikan. Apabila Engkau menyembunyikan wajah-Mu, mereka terkejut; apabila Engkau mengambil roh mereka, mereka mati binasa dan kembali menjadi debu. Apabila Engkau mengirim roh-Mu, mereka tercipta, dan Engkau membaharui muka bumi.

Bapa, Engkaulah pencipta langit dan bumi, dan hanya Engkau yang mengetahui keajaiban misteri dan kerja-kerja pencipta. Engkau juga menciptakan segala bahagian badan manusia, dengan baik dan luarbiasa (Mazmur 139:13-14). Jadi kami datang dengan permohonan kami di hadapanMu Tuhan untuk memohon kebijaksanaan dan Roh Mu turun atas kementerian yang telah Engkau tetapkan ini.

 

KEMENTERIAN ALAM SEKITAR & AIR

Menteri Kanan: YB Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr Mansor Othman

Mazmur 63:1

Ya Tuhan, Engkaulah Allahku, aku mencari Engkau, jiwaku haus kepadaMu, tubuhku rindu kepadaMu, seperti tanah yang kering dan tandus, tiada berair.

  • Berdoa agar bajet yang diperuntukkan untuk menyediakan bekalan air bersih akan dimanfaatkan dengan bijak ke arah objektif tersebut.Kebanyakkan yang hidup di pendalaman yang bergantung kepada sungai sebagai sumber kehidupan telah terjejas oleh air yang tercemar dari segi kesihatan dan mata pencarian.
  • Berdoa agar pihak berkuasa mempunyai kebijaksanaan untuk menangani masalah kekurangan bekalan air negara dan kehabisan sumber air bersih bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.
  • Berdoa bagi jiwa untuk menemukan sumber air kehidupan. Bapa surgawi, kami bersyukur kepadaMu kerana telah menjadi sumber air kehidupan – peribadi yang memuaskan jiwa kami yang terdalam dengan sukacita kemenangan.
  • Berdoa bagi pola fikir kami berubah untuk melindungi alam sekitar. Bumi adalah milik Tuhan dan segala yang ada dalamnya, oleh itu kita mesti berhasrat untuk menjaga dan mengurus semua yang menjadi milik Tuhan dengan rasa hormat dan perhatian.
  • Berdoa bagi Jabatan Alam Sekitar untuk mematuhi peraturan untuk menjaga alam sekitar dan laluan air Malaysia. Ianya golongan berpendapatan rendahserta Orang Asal yang sangat bergantung kepada sumber asli yang paling akan terjejas akibat kemusnahan alam sekitar. Bapa, Engkau akan menyediakan kepada semua yang mencari Engkau, jadi kami memohon agar Engkau menyediakan bagi golongan yang berpendapatan rendah melalui dasar dan keputusan di Kementerian Alam Sekitar & Air.
  • Berdoa agar Menteri, Timbalan Menteri dan mereka yang mempunyai kuasa di kementerian akan memiliki rasa panggilan dalam peranan mereka dalam kementerian, dan menyedari bahawa keputusan yang mereka buat berkaitan dengan alam sekitar akan memberi impak yang besar kepada kesejahteraan hidup dan mata pencarian bagi ramai orang.

 

KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI

Menteri Kanan: YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Timbalan: Deputy: YB Datuk Ali Anak Biju

Mazmur 24:1

Bumi dan segala isinya milik Tuhan; dunia dan semua yang mendiami kepunyaanNya.

Mazmur 89:14

KerajaanMu berasaskan hukum dan keadilan; kasih dan kesetiaan terdapat pada segala perbuatanMu.

  • Berdoa bagi Menteri dan mereka yang mempunyai kuasa dan pengaruh akan mempunyai kebijaksanaan untuk mengetahui cara untuk mengurus permintaan dan bekalan tenaga negara dan keberanian untuk melaksanakan dasar, perundangan dan Kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan lain (iaitu industry, kerajaan negeri) dengan mengutamakan kelestarian dan melindungi alam sekitar. Ini termasuk meneroka sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang berbeza atau lebih cekap.
  • Berdoa bagi Tuhan memusnahkan kubu kuat yang dimiliki oleh beberapa segmen dalam industri yang berhubung atas dasar dan peraturan kementerian agar pembaharuan dalam sektor tenaga dan tanah dapat berlaku.
  • Berdoa bagi langkah-langkah untuk membendung penebangan hutan dan melindungi sumber asli yang kaya di tanah kita akan dilaksanakan dengan berani tanpa rasa takut atau pilih kasih. Bapa di syurga, kami berdoa agar engkau menjaga sumber semulajadi yang telah diamanahkan kepada Amanah Pemuliharaan Negara yang ditubuhkan untuk tujuan ini.
  • Kami menyerahkan Majlis Tanah Negara ke dalam tanganMu untuk menggubal dasar dan langkah-langkah untuk mengawal penggunaan tanah di Semenanjung Malaysia. Tuhan kami meminta agar majlis melaksanakan dengan penuh rasa takut tugas fidusiarinya sebagai penjaga ke atas pajakan perlombongan, tanah rizab dan tanah hutan rizab.
  • Kami juga menyerahkan kepadaMu kerajaan negeri dalam hal-hal yang berkaitan dengan tanah negeri. Tuhan, tanamkan ke atas mereka takut akan Tuhan dan berikanlah mereka kebijaksanaan Ilahi dalam mereka melaksanakan tugas mereka dalam perkara ini. Bapa, kami berdoa menentang rasuah dan pemberi rasuah di kawasan ini. Dalam nama Yesus, kami meminta agar mereka yang mengamalkan ketidakadilan dan ketidakbenaran akan didedahkan saat Engkau menyinari terangMu dan kebenaranMu atas amalan jahat ini.
  • Berdoa agar Tuhan membangkitkan orang yang benar di dalam kerajaan di kedua-dua peringkat kementerian negeri dan persekutuan yang tidak akan membenarkan kemusnahan sumber asli Malaysia bagi agenda peribadi dan keuntungan segenlintir yang terpilih. Kita berdoa agar mereka ini akan terbuka mata dan minda mereka terhadap kemusnahan kepada rakyat, terutamanya Orang Asal dan negara (dibuktikan dengan banjir baru-baru ini) jika mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh rasa takut.

 

Bapa surgawi, ampunilah kami kerana merosakkan tanah dan mengeksploitasi sumber semulajadi yang kaya untuk ketamakan kami sendiri. Kami telah menguasai dan menginjak-injak orang-orang Penan dan orang-orang asal yang lain. Kami bertaubat dari perbuatan jahat dan tamak ini.

 

KEMENTERIAN KESIHATAN

Menteri: YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr Haji Noor Azmi bin Ghazali

Mazmur 33:10-11

Tuhan menggagalkan rancangan bangsa-bangsa; Dia meniadakan niat mereka. Tetapi rancangan Tuhan tahan selama-lamanya, dan tujuanNya tidak berkesudahan.

Bapa yang di syurga, kami menyerahkan kepadaMu Kementerian Kesihatan pada masa pandemik yang mencabar ini dan memohon agar Engkau memberkati Menteri dan kementeriannya dalam membuat keputusan agar dengan hikmat Tuhan untuk mengendali situasi Covid19 dalam negara kami dan juga mengendali kes-kes keracunan makanan di kawasan yang mengalami banjir baru-baru ini.

  • Berdoa agar Ketua Pengarah Kesihatan dan Pasukan Petugas Imunisasi Covid 19 (CITF) melaksanakan pelan strategik dengan mengambil kira keprihatinan dan kebajikan rakyat.
  • Lindungi Menteri dari penasihat yang jahat dan dari tipu daya manusia, kelilingi seluruh kementerian dengan lelaki dan Wanita yang akan meletakkan kepentingan kementerian dan negara di atas setiap kepentingan dan agenda manusia.
  • Berdoa untuk pengurusan sumber kewangan yang diperuntukkan kepada KKM untuk Program Imnunisasi Covid19 dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan.
  • Berdoa untuk Inisiatif kesihatan Mental yang strategik, boleh dilaksanakan dan yang lebih baik dalam bajet 2022 terutamanya pada masa yang sukar, mencabar dan menekan.
  • Memperkukuhkan perkhidmatan sokongan Kesihatan Mental, kaunseling dan sokongan psikologi dengan kesedaran kesihatan mental yang lebih tinggi dan sokongan berterusan untuk mereka yang terjejas secara mental.
  • Memperkukuhkan peranan NGO sebagai rakan kongsi untuk bekerjasama dengan KKM dalam Program Kesihatan Mental.
  • Berdoa KKM tidak akan terlepas pandang terhadap golongan terpinggir seperti golongan kurang berkemampuan dan warga emas serta mereka yang tinggal di Kawasan terpencil di negara ini tetapi terus berusaha untuk menyediakan perlindungan yang luas atas perkhidmatan penjagaan kesihatan pada kos yang berpatutan.