Panggilan Penyucian, Minggu 1 2022 [1st-7th Januari]

 

Tuhan mendesak umat-Nya di Malaysia supaya bangkit dan berkumpul untuk berpuasa, berdoa dan mencari Dia secara korporat untuk 24 jam setiap hari bermula Januari 1 – 7.

Ramai diantara kita telah mendaftar untuk mengetuai slot-slot doa yang ada dan kami menjemput semua untuk menyertai kami untuk berdoa dalam slot-slot do ini selama 7 hari dan 7 malam. Setiap malam pada jam 8 hingga 10 malam, kami telah menjemput beberapa hamba Tuhan untuk berkongsi bersama kita. Pada 4-6 Januari, Ps James Kawalya dari Uganda akan berkongsi mengenai penyembuhan negeri pada setiap malam secara bersiri dan perkongsian ini akan ditutupi dengan perjamuan suci pada malam 7 Januari.

Sila kongsikan perkara diatas kepada semua kenalan kita supaya gereja Tuhan boleh berkumpul bersama dan membentuk persekutuan yang berkuasa dalam tahun 2022.

 

Bagaimana mancari Dia dalam memasuki tahun 2022?

“Bangkit dan Menjadi Terang”

 

YESAYA 60

 

1 Bangkitlah, menjadi teranglah, sebab terangmu datang,

      dan kemuliaan Tuhan terbit atasmu.

2 Sebab sesungguhnya, kegelapan menutupi bumi,

      dan kekelaman menutupi bangsa-bangsa;

  tetapi terang Tuhan terbit atasmu,

      dan kemuliaan-Nya menjadi nyata atasmu.

3 Bangsa-bangsa berduyun-duyun datang kepada terangmu,

     dan raja-raja kepada cahaya yang terbit bagimu.

 

Tahun ini Tuhan memanggil gereja-Nya bangkit dari tidur dan bertindak – untuk Bangkit and menjadi terang walaupun semakin banyak kawasan di negeri kita menjadi gelap. Kunci perubahan ada pada gereja.

Efesus 1:20-23

 Demikianlah pelaksanaan kuasa-Nya yang agung itu 20Cdalam Kristus apabila membangkitkan-Nya daripada kematian dan mendudukkan-Nya di sebelah kanan-Nya di syurga.

21Allah meletakkan Kristus jauh di atas segala penguasa dan kekuasaan, kuasa dan pemerintahan, dan setiap nama yang dinamakan, bukan sahaja pada zaman ini tetapi juga pada zaman akan datang. 22DEAllah meletakkan segalanya di bawah kaki-Nya dan menjadikan-Nya Kepala semua hal ehwal jemaah, 23yang merupakan tubuh-Nya, disempurnakan oleh Dia yang menyempurnakan segala-galanya.

Mari kita berdoa supaya gereja Tuhan akan bangkit dan menjadi terang dengan menjadi matang supaya Kristus boleh bercakap dan bertindak menerusi gereja-Nya. Pada tahun ini, Tuhan akan mencurahkan Roh Kudus ke atas gereja-Nya yang matang yang seterusnya akan mengubahkan mereka yang percaya daripada domba kepada kuda perang diraja, sesuai untuk Raja segala Raja, siap sedia untuk hari pertempuran.

Mereka akan seperti para kesateria yang menginjak-injak musuh di jalan berlumpur dalam peperangan.

Mereka akan berperang kerana Tuhan menyertai mereka, dan akan mengaibkan para penunggang kuda.

(Zakharia 10:1-5)

Inilah Gerakan Tuhan pada tahun 2022. Mari kita berdoa untuk:

 

  1. Doa supaya gereja Tuhan akan bangkit dan mengenali dia lebih baik (Efe 1:17-19)
  • Tuhan yang Berkuasa kami berdiri di ambang tahun baru ini dan meminta supaya Engkau memberi kami roh kebijaksanaan yang baru dan wahyu untuk mengenal Engkau dengan lebih baik. Kami tidak berpuas hati dengan pengetahuan yang ada akan Engkau. Kami ingin menjadi lebih intim dengan Engkau supaya kami mampu menentang dengan tegas segala kuasa dan muslihat Roh Jahat.
  • Tuhan kami minta agar mata hati kami focus dan jelas, supaya kami akan dapat lihat dengan betul apa panggilan Engkau untuk kami. Kami berdoa supaya kami akan melihat dan dengar dengan jelas dan seterusnya patuh kepada Engkau dalam semua yang Engkau minta dan tidak lari dari rancangan Engkau yang abadi.
  • Tuhan kami berdoa agar kami akan patuh dan berjalan di dalam kehendak-Mu supaya kerajaan-Mu dan kehendak-Mu terjadi pada bangsa kami.

 

  1. Doa supaya gereja Tuhan Diberi Kuasa oleh Roh Kudus

Lukas 24:48-49

48Kamulah saksi segala perkara ini. 49BDan Aku akan mengurniakan pemberian yang dijanjikan Bapa-Ku kepadamu. Tetapi, tunggulah di kota ini sehingga kamu diperlengkap dengan kuasa dari tempat tinggi.”

  • Tuhan kami berterima kasih kerana dipanggil untuk bersaksi dan menginjil. Kami berterima kasih kerana dianugerahkan Roh Kudus yang membolehkan kami menjadi penginjil dan saksi yang efektif kerana semua usaha kami bukan atas kekuatan dan kuasa kami tetapi melalui kuasa Roh Kudus.
  • Kuatkan kami Tuhan dan beri kami kuasa dalaman melalui Roh Kudus (Efe 3:16)
  • Sabitkan kami Tuhan akan cara-cara kami yang berdosa yang menjauhkan kami dari kehendak dan tujuan Mu. Ajar kami tunduk kepada Roh Kudus dan tidak memberi ruang kepada nafsu.
  • Ajar kami patuh kepada gerakan/gesaan Roh Kudus supaya kerja Allah akan terjadi di dalam gereja and negara kami dan iman kami diletakkan di atas kuasa Tuhan yang terjadi.

 

  1. Doa supaya gereja Tuhan akan BANGKIT DAN MENJADI TERANG BERSAMA-SAMA

Lukas 10:2

2ADia berkata kepada mereka, “Tuaian banyak sekali tetapi penuai hanya segelintir. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada Tuan yang empunya tuaian itu supaya menghantar pekerja untuk menuai.

  • Tuhan kami berterima kasih kerana Engkau membebaskan kami dari roh rasa puas hati atau roh tidak apa. Kami minta supaya Engkau hantar kami sebagai penuai ke dalam ladang tuaian yang sudah masak untuk dituai.
  • Berikan kami roh kebijaksanaan dan kuasa untuk membawa kedamaian, kesembuhan dan pemulihan semasa kami masuk kedalam komuniti-komuniti dan setiap tempat yang kami pergi.
  • Kami minta kuasa menyingkirkan iblis dan menyembuh penyakit.
  • Kami minta Engkau berkati kami semasa berurusan dengan pihak berkuasa supaya kami efektif dalam setiap situasi dimana Engkau panggil kami untuk pergi.
  • Tuhan satukan kami daripada berbilang gereja dan denominasi supaya kami dilihat sebagai SATU.
  • Berikan kami Visi yang sama demi kemuliaan Mu dan keinginan yang sama untuk melihat Kerajaan-Mu datang ke Malaysia
  • Letakkan kami di tempat yang strategik mengikut kebolehan kami masing-masing. Semoga kami akan mendorong satu sama lain kepada kasih dan kerja yang baik supaya kemuliaan Tuhan akan menjadi terang didalam kegelapan dan rancangan Tuhan yang besar terjadi di Malaysia.

 

Tuhan kami isytiharkan bahawa Tuhan kami boleh melakukan apa sahaja – jauh dari apa yang kami mampu bayangkan atau mimpikan! Dia tidak melakukan kerja Nya dengan memaksa kita tetapi dengan mengubahkan kita dari dalam melalui Roh Kudus yang lemah-lembut di dalam kita.

20Kepada Allah yang berkuasa melakukan segala-galanya dengan limpah kurnia melebihi permintaan dan sangkaan kita, menurut kuasa-Nya yang bertindak dalam diri kita, 21kepada-Nya kemuliaan dalam jemaah dan dalam Kristus Yesus zaman-berzaman selama-lamanya! Amin.

(Efesus 3:20-21)

Semoga Tuhan bangkit dan musuh Nya bertempiaran! Dalam nama Yesus kami berdoa, Amen.

 

Log masuk