PANGGILAN PERSEDIAAN UNTUK PENTAKOSTA 2022: PERTEMUAN DENGAN ROH KUDUS
Kisah Para Rasul 1:8 “Tetapi kamu akan menerima kuasa apabila Roh Kudus datang ke atasmu; dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Yerusalem, di seluruh Yudea dan Samaria, bahkan sampai ke hujung bumi”
Shalom Saudara dan Saudari,
Kita berterima kasih kepada Tuhan kerana Dia setia menunjukkan apa yang akan dia lakukan di Malaysia.
Sebagai pendoa (watchmen) kita telah datang bersama dan berkumpul untuk mendengar dan memahami mesej dari Tuhan dan perkataan yang kita terima ialah Pentakosta 2022 akan menjadi permulaan pengaliran Kemuliaan Tuhan dan Roh Kudus yang tenang dan lemah-lembut keatas mereka yang masih mengasingkan atau mengkhususkan hati mereka kepada Tuhan. Daripada mereka ini yang hatinya masih tertumpu kepada Dia, yang hatinya terbuka, lembut dan peka kepada Roh Kudus, umat yang tidak dicemari tetapi tulen, akan menjadi punca penyebaran kebangkitan rohani di negara ini. (Watchmen Selangor)
“Dia akan melakukan sesuatu pekerjaan yang baru, bukan reset, bukan kebangkitan yang kita fikirkan dan bukan permulaan semula kepada perkara yang lama. Tuhan akan menyampaikan arahan kepada gereja Nya maka kita perlu mempunyai telinga untuk mendengar serta hati yang akur dan menturuti perintah Nya. Bukan musim kebangkitan tetapi musim penyampaian yang baru!” (Watchmen Penang)
AGPC juga berasa dipimpin untuk manganjurkan pejumpaan “PERTEMUAN DENGAN ROH KUDUS” selama 2 malam pada 4 June dan 5 Jun (lihat risalah)
Beserta kami dalam:
- Menyediakan hati kita untuk Berdoa dan Berpuasa selama 10 hari sebelum Pentakosta
Anda bebas memilih jenis puasa dan bilangan hari untuk berpuasa antara 26 Mei – 4 Jun.
Berkumpul bersama secara fizikal atau online dalam kumpulan kecil anda untuk berdoa dalam KESATUAN (Acts 1:13-14).
- Ambil bahagian dalam persidangan Pentakosta AGPC
“PERTEMUAN DENGAN ROH KUDUS” pada hari Sabtu 4 Jun dan Ahad 5 Jun (tiada pendaftaran diperlukan)
- Ambil bahagian dalam:
- mezbah doa MUFW yang sedia ada
- doa khas pada pukul 3:00pm – 4.30 pm untuk Pentakosta
Zoom Link: http://tiny.cc/ariseshine
Meeting ID: 854 9154 8189
Passcode: mufwpa
MARI KITA LUAHKAN DALAM SATU SUARA “PENUHILAH KAMI TUHAN”