DOA UNTUK KEJADIAN KRITIKAL DI BANGSA KITA

 

Minggu ini, mahukah anda meluangkan masa, untuk berdiri setiap hari berdoa untuk:

  1. Putrajaya – untuk kebijaksanaan menangani wabak yang semakin teruk, kesihatan Perdana Menteri kita.
  2. Parlimen – untuk mengutamakan kesejahteraan semua, bersikap proaktif untuk menghentikan rasuah, menghentikan segala bentuk perkauman.
  3. Orang miskin & yang Memerlukan – untuk yang mengalami penderitaan dalam kemelut ekonomi sekarang, banyak upaya yang dilakukan oleh masyarakat untuk meringankan kesusahan dan beban mereka.
  4. Pastor, pekerja sepenuh masa, dan keluarga mereka – mereka memerlukan perlindungan khas pada musim ini.

 

Bapa di syurga, ketika negara kita manghadapi krisis, kita berdiri bersama-sama untuk memberkati negara kita supaya berkat yang mengalir dari Salib akan mematahkan kekuatan setiap kutukan yang digunakan oleh musuh terhadap kita.

 

1. PUTRAJAYA

  • Kami memberkatiMu Tuhan dan kami mengalu-alukan kehadiranMu di negeri kami. Semoga semua musuh Malaysia terserak dan gunung cair seperti lilin di hadiratMu Tuhan.
  • Berkatilah kami Ya Tuhan, ketika kami berdiri bersama-sama menentang kuasa kegelapan yang berusaha menimbulkan gangguan, kekacauan dan ketidakstabilan.
  • Kami memberkati Malaysia dengan keamanan, ketenteraman dan kestabilan kerana Yesus adalah Raja Damai.

 

2. PANDEMIK

  • Dalam nama Yesus, kami mematahkan kutukan kematian dan penyakit dari negara kita. Dalam rahmatMu, selamatkan Malaysia Ya Tuhan dari Covid 19
  • Berkatilah kami Tuhan dengan pencurahan Roh Kudus-Mu, supaya kami dapat menyaksi penyembuhan, pembebasan dan keajaiban Tuhan ketika kami berdiri bersama-sama untuk berdoa untuk orang sakit, yang tertekan dan yang menghampiri kematian.
  • Oh Tuhan, berkatilah barisan hadapan dalam memerangi Covid 19 dengan kekuatan mental, fizikal dan emosi. Kami memberkati mereka dan keluarga mereka serta KKM dengan kebijaksanaan, bekalan dan pertolongan yang sangat diperlukan dalam pengurusan krisis ini.

 

3. PARLIMEN

  • Kami memberkati semua pemimpin politik agar mereka dibebaskan dari kutukan yang membuntukan pemikiran dan menggelapkan hati mereka.
  • Kami memberkati mereka supaya mereka akan takut terhadap Tuhan agar mereka dipenuhi dengan kebijaksanaan untuk menolak sentimen perkauman, ekstremisme dan nafsu untuk berkuasa.
  • Kami memberkati mereka dengan akal yang baik dan semangat bekerjasama dengan semua pihak untuk melakukan yang terbaik bagi ‘rakyat’.

 

4. GOLONGAN MISKIN

  • Berkatilah setiap usaha untuk menolong golongan miskin di negara kita. Semoga tembok perpecahan antara kaum, ekonomi dan social akan dimusnahkan dalam nama Yesus.
  • Berkatilah semua gereja dengan inspirasi dari Roh Kudus dalam kepimpinan memenuhi keperluan golongan miskin, orang sakit dan pesakit yang tenat.
  • Berkatilah setiap perbuatan baik gereja-geraja Mu supaya menjadi seperti kota yang terletak di atas gunung yang cahayanya tidak tersembunyi.
  • Berkatilah kerjasama gereja dengan organisasi seperti NGO dan jabatan kerajaan supaya menikmati semangat perpaduan yang kuat demi mencapai tujuan yang diinginkan.

 

5. PASTORS & CHURCH LEADERS

  • Kami memberkati gereja-gereja Tuhan agar dipenuhi dengan kasih sayang, sukacita dan damai sejahtera yang akan memulihkan mereka yang patah semangat dan berputus asa.
  • Kami memberkati pastor kami dan memohon agar Tuhan akan menjadi tembok perlindungan kepada pastor-pastor, keluarga, rumah dan pelayanan mereka.
  • Semoga pendeta dan pemimpin kita mendapat perlindungan Yang Mahatinggi dan berada dalam naungan Yang Mahakuasa.
  • Kami menyatakan bahawa segala bahaya tidak akan menimpa mereka dan tiada bencana yang akan mendekati mereka.
  • Ya Bapa, engkaulah yang akan menjadi benteng kekuatan, perisai dan menara kuat mereka.

 

Dalam nama Yesus kami berdoa, AMEN.

 

Mazmur 75:1-11 (TB)

1 Untuk pemimpin biduan. Menurut lagu: Jangan memusnahkan.

Mazmur Asaf. Nyanyian.

2 Kami bersyukur kepada-Mu, ya Allah, kami bersyukur,

dan orang-orang yang menyerukan nama-Mu menceritakan

perbuatan-perbuatan-Mu yang ajaib.

3 ”Apabila Aku menetapkan waktunya,

Aku sendiri akan menghakimi dengan kebenaran.

4 Bumi hancur dan semua penduduknya;

tetapi Akulah yang mengokohkan tiang-tiangnya.”

5 Aku berkata kepada pembual-pembual: ”Jangan membual.”

Dan kepada orang-orang fasik: ”Jangan meninggikan tanduk!

6 Jangan mengangkat tandukmu tinggi-tinggi,

jangan berbicara dengan bertegang leher!”

7 Sebab bukan dari timur atau dari barat

dan bukan dari padang gurun datangnya peninggian itu,

8 tetapi Allah adalah Hakim:

direndahkan-Nya yang satu dan ditinggikan-Nya yang lain.

9 Sebab sebuah piala ada di tangan Tuhan,

berisi anggur berbuih, penuh campuran bumbu;

Ia menuang dari situ; sungguh, ampasnya akan dihirup

dan diminum oleh semua orang fasik di bumi.

10 Tetapi aku hendak bersorak-sorak untuk selama-lamanya,

aku hendak bermazmur bagi Allah Yakub.

11 Segala tanduk orang-orang fasik akan dihancurkan-Nya,

tetapi tanduk-tanduk orang benar akan ditinggikan.

 

MINGGU 21&22 – PANGGILAN UNTUK BERTINDAK: 21 HARI BERDOA DAN MELINDUNGI